Zahidi tarik diri — ref malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini mengesahkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Zahidi berkata, beliau telah bermesyuarat dengan Badan Perhubungan Umno Perlis semalam dan mereka telah bersetuju dengan hasratnya untuk menarik diri.

“Selain itu, Perhubungan Negeri juga turut mencadangkan nama saya selain Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Mac depan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Zahidi berkata, setakat ini, beliau telah menerima tiga pencalonan untuk merebut jawatan dalam MT namun enggan mendedahkan Bahagian-bahagian yang mencalonkannya.

Ketika ditanya sama ada penarikan dirinya berikutan persetujuan Badan Perhubungan Umno negeri untuk mencadangkan namanya bertanding jawatan ahli MT, Zahidi berkata, ia tiada kaitan.

“Kita di Perlis ni kecil sahaja. Hanya ada tiga bahagian jadi tak bolehlah nak (bertanding) jawatan-jawatan tinggi.

“Saya perlu tumpukan kepada Bahagian saya juga jadi jika mahu bertanding (di peringkat pusat) buat masa ini, jawatan yang paling baik adalah MT,” katanya.

Zahidi telah membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan dirinya itu dalam wawancara khas bersama Astro Awani pada pukul 9 malam tadi.

Zahidi sebelum ini hanya memperolehi satu pencalonan iaitu daripada bahagiannya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

Dengan penarikan diri Zahidi, saingan merebut kerusi Ketua Pemuda kini tertumpu kepada tiga calon iaitu Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini merupakan satu-satunya calon yang telah melepasi kuota dengan 63 pencalonan; Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan 36 pencalonan dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dengan 27 pencalonan. – mstar

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Zahidi tarik diri — ref malaysiakini

  1. suara de kota

    Salam Semua;
    UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia,
    PKR kerja kuat nak tubuh Kerajaan Malaysia Baru…

    Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin memang patut benar menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

    Sesudah melebihi separuh Pemuda Bahagian mengadakan mesyuarat perwakilan, Datuk Zahidi cuma mendapat satu pencalonan, itu pun daripada bahagiannya sendiri.

    Dengan penarikan diri Datuk Zahidi, angka 12 dan 3 menjadi halangan kepada Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Khir Toyo untuk membuka ruang pertandingan TIGA penjuru bagi penentuan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi pengal yang akan datang yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Husein.

    Setakat hari ini, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini merupakan satu-satunya calon yang telah melepasi kuota dengan 63 pencalonan; Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan 36 pencalonan dan Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dengan 27 pencalonan.

    Khairy Jamaluddin cuma memerlukan hanya sebanyak 3 pencalonan lagi, manakala Datuk Seri Dr Khir Toyo mengharapkan tambahan sebanyak 12 pencalonan lagi untuk melepasi kuota layak bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

    Rasanya, Khairy Jamaluddin tidak bermasalah untuk mendapat 3 pencalonan lagi dan pada firasat saya, bersabit dengan isu keberanian dan kelantangan Datuk Seri Dr Khir Toyo sejak kebelakangan ini, 12 lagi pencalonan baginya tidak ada masalah.

    Kita nantikan, realiti pertandingan sengit tiga penjuru – Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor akan menjelma!.

    Kalau disamakan dengan kancah ‘bolasepak’ negara ketiga-ketiga negeri sama handal, tetapi Kedah ada sedikit kelebihan kerana berjaya merangkul tiga Piala sekali gus dalam satu musim.

    Soalnya?. Mana boleh kita samakan politik dengan bola sepak?.

    Tetapi, kalau teater di Kedah kita ada Pak Murad, Di Negeri Sembilan kita ada Roslee Mansor dan Kamarul AR berjuang di Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s