Laporan Kesihatan Saiful Hampir Sama Dengan Yang Asal – Pusrawi

dari mstar

Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan,23 yang diedarkan melalui internet hampir sama dengan laporan asal.

Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob dalam sidang medianya berkata: “Laporan tersebut nampak genuine tetapi yang asli ada pada saya”.

Dalam kenyataan akhbar lima perenggan yang dikeluarkan hospital itu memberitahu, doktor hospital tersebut, Dr Muhamad Osman Abdul Hamid telah melakukan pemeriksaan ke atas pesakit Mohd Saiful berkaitan liwat.

Kenyataan tersebut menjelaskan yang Dr Muhamad Osman bukan seorang doktor pakar dan hanya seorang pegawai perubatan yang bertugas di bahagian klinik kemalangan dan kecemasan hospital.

Kenyataan itu turut menyebut, doktor tersebut telah menasihatkan Mohd Saiful supaya menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan dan tiada pemeriksaan lanjut dilakukan berkaitan aduan liwat.

Hospital tersebut turut memberitahu, pihak mereka tidak mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada mana-mana pihak berhubung laporan perbuatan terhadap pesakit bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a comment