Nik Aziz akui hubungan PAS-PKR belum sempurna

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui hubungan PAS dan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) belum sempurna kerana dibentuk dalam masa yang singkat.

“Barisan Nasional (BN) yang dibentuk bertahun-tahun pun tidak stabil, macam mana (PAS dan PKR) yang baru setahun jagung hendak sempurna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Majlis Hari Yayasan Islam Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hubungan antara PAS dan PKR tidak sampai setahun, sedangkan kedua-dua parti itu yang mempunyai perbezaan dasar, memerlukan masa agak panjang untuk stabil.

Mursyidul Am PAS itu berkata keadaan itu adalah perkara biasa yang berlaku dalam setiap ikatan dua parti apatah lagi kedua-dua terlalu muda dan memerlukan persefahaman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan media hari ini yang mendakwa hubungan PAS dan PKR mulai retak berikutan prinsip perjuangan keduadua parti itu jauh berbeza. – mstar

nota: mutakhir ini banyak cakap-cakap yang mengatakan PAS tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akur sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Penulis amat menyokong sekiranya Pas keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk bersama Barisan Nasional atau berjuang atas tiket sendiri. Buangkan yang keruh ambillah yang jernih sekiranya PAS bersetuju untuk bersama UMNO kembali.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Nik Aziz akui hubungan PAS-PKR belum sempurna

  1. mujahidin

    Pas sepatutnya konsisten dgn perjuangannya tanpa terikut ikut dgn rentak politik negara, kerana perjuangan islam adalah perjuangan hingga ke akhirat bukan setakat di dunia sahaja…kemenangan islam sebenarnya adalah dgn bantuan allah swt dan sistem demokrasi serta pengundi hanyalah platformnya pada waktu ini… tetapi mutakhir ini pas sudah mula tergelincir dr landasannya dan tidak sabar menunggu… keadaan ini berjaya dieksploitasi oleh pihak2 tertentu utk kepentingan mereka…mengapa pas sanggup menggugurkan negara islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan… apakah didalam islam itu tiada kebajikannya…sebenarnya perjuangan islam yg suci adalah amat jauh dan bukan dlm masa yg singkat utk memperolehinya hasilnya…

  2. Salam,
    Tak payahlah Tuan Guru nak ajak PAS keluar pulak dari pakatan pembangkang.Nanti dapatkan BN pulak Negeri Perak!.Mana boleh bagi kat UMNO, bagi kat DAP tak apalah!.Dasar melukut bawah gantang!.Pas dah kini retak dua.. ia itu golongan muda yang tak sabar-sabar memerintah negara seperti saudara Husam yang berfikiran liberal sikit.Mamak memang suka kat dia ini!.Ada tokoh pemimpin sikit daripada yang lain;dan golongan ulamak-ulamak yang mahu pas ‘slow and steady’.Ideology PAS yang menggunakan theology Islam yang berbentuk Moden dan Feudal.Apa yang risaukan pas ini akan tersepit dalam isu perkauman (racis) yang kini semakin menebal dikalangan orang Melayu selepas PR-12!.Hak-hak keistimewaan dan ketuanan ini akan tercabar sekiranya pas ingin memerintah secara ideology theology Islam.Sanggupkah orang Melayu memberi laluan untuk ini?.Kalau kita ikut contoh kerajaan Islam yang pertama ditubuhkan di Madinah oleh junjungan besar Nabi kita kata:”Orang Pendatang ia itu mujaharin itu tidak lebih haknya dari orang-orang Ansar iaitu penduduk Madinah.Seorang Arab tidak lebih mulia dari bukan Arab”!.kata-kata Rasullullah inilah yang menyebabkan ramai masuk Islam di Madinah dan sekitar kawasannya.Apakah orang Melayu sedia dan sanggup terima memberi hak yang sama sekiranya kaum-kaum lain seperti Cina dan India memeluk Islam beramai-ramai.Apa yang mamak sedih ialah bukan Melayu yang memeluk Islam di malaysia sekarang ini namanya pun bukan mudah nak tukar dan hak untuk mendapatkan kemudahan Baitulmal pun diabaikan.Ramai yang telah kembali ke Agama asal mereka kerana ketidak ada bimbingan dan tidak ada semangat persaudaraan Islam yang wujud diantara bukan Melayu Islam dan Melayu.Perkara ini berlaku kerana orang Melayu mempunyai perasangka dan takut hak mereka akan dirampas oleh kaum lain yang sama-sama Islam!.
    Kadangkala Mamak senyum dengan gelagat orang-orang muda dalam parti PAS yang begitu berkobar-kobar dalam perjuangan yang di api-apikan oleh pemimpin pas tapi sukar memahami perkara asas iaitu persaudaraan dalam Islam dan apakah itu pemerintahan Islam itu sendiri!.Apa yang mereka nampak ialah hukum hudud dan kalau boleh tukar bendera Malaysia ke warna hijau!.Awas lah orang-orang muda dalam pas, kini menular anasir syiah dan berkonsepkan taliban Afganistan.Kamu semua tak faham apa itu taliban!.Dan sukar difahami!.Penyerapan syiah secara halus sedang berlaku!.Dengan sebab itulah kerajaan British kini menguatkuasakan Visa untuk rakyat Malaysia untuk berkunjung ke Britain.Orang luar dah cium bau dah; Didapati banyak gerakan Islam di Malaysia berkait rapat dengan penganas Antara Bangsa cuma Kita saja tak nampak dan masih sibuk pasai kes sodomi dan maggie mee!.Cuba kamu semua buat study sikit dimana Tuan-tuan Guru kamu mengaji kat luar negara dulu…bukan kah sekolah taliban di pakistan?.Sekolah ini dalam kaji selidik CIA menggunakan cara “Brainwashing Method”untuk mengajar penuntutnya!.Apa kah itu brainwashing Method….carilah sendiri apa yang dimaksudkannya!.

    “semasa nak mengerjakan solat ingatlah kamu akan mati esok,selepas solat fikirlah kamu akan hidup seratus tahun lagi!.Sekian kejadian Allah ada sebabnya nescaya tujuan hidup kita di dunia pun ada sebab tertentu!.Dan Allah ingin orang Islam jadi Khalifah dibuminya!!!.Wassalam.

  3. mok

    Dikisahkan FAST dan FaKR bermadu, kawin campur pulak tu. Fast bini tua, Fakr bini muda. Laki deorang nama DHAB, kurang bertaqwa. Dhab ni melebihkan kaum kerabat dia aje.. tak adil langsung, baik nafkah batin lebih-lebih lagi nafkah zahir (harta la). Fast dan Fakr takut benar dengan Dhab.. garang, semua kena ikut cakap dia.. kalau tidak mahu kena sepak terajang, lebih-lebih lagi bila dia mabuk todi, terutama bini tua la. Fast dengan Fakr pun bukan sefahaman.. dengki mendengki dan syak wasangka. Fast cemburu fasal laki dia Dhab melebihkan Fakr.. maklumlah, Fakr jauh lebih muda dan sosial lebih, pakai pun tight skirt. Fast ni dah kedut.. berjubah masam penuh taik lalat.
    “Papa.. ceraikan Fast.. ceraikan Fast”, tiba-tiba Fast memberontak. Rupa-rupanya Fast dah tak sanggup menanggung derita.. makan hati berulam jantung pisang. “Menyesal Fast kawin dengan Papa.. laki tak guna, penipu, habis harta Fast Papa kikis, tanah yang ada tu semua Papa beri pada kaum keluarga Papa..”, rungut Fast sambil tersedu-sedan. Tiba-tiba Dhab naik angin.. apa lagi, “kulang ajak punye mini.. wa kutip lu sana tipi yalan, sikalang mau bikin dose, lawan sama laki haa..”, PANGG!! “kulang ajak”, aduuhhhh.., PANG!! “kulangg ajiakk..”, aduuuuhhhhh…….. [sehingga waktu ini, Fast sedang berusaha memohon fasakh kerana tidak tahan menanggung penderaan mental dan fizikal]

  4. pas bukan parti yang bertunjangkan idealisme nasionalisme islam, dan ia sau istilah yang berbeza, pas untuk semua kerana islam untuk semua. kestabilan politik dalam pas adalah paling ketara, golongan pelapisnya cukup ramai yang tidak terkonkong dengan rasa takut pada pemimpin kerana buka itu asuhan pas. asuhan pas adalah islam selagi mana ia dibenarkan ia , maka benarlah. pas dengan mudah dalam muktamarnya mengkritik kepimpinan parti dan dengan mudah tanpa perlu ada paksaan atau riuh pikuk kepimpinan pemuda, muslimat bahkan sehingga ke jawatan presiden ditandingi dan jika tidak ditandingi ia adalah kehendak akar umbi tanpa perlu adalah lobiatau semacam arahan dari pihak atasan.

    kestabilan politik bukan bererti aman, damai tanpa ada pertikaian, pertikaian perlu supaya masing-masing tahu hak dan idea perjuangan sesama mereka. ketidakstabilan politik berlaku apabila pemimpin tidak berganti, yang terbukti korup masih dipilih semacam ketandusan kepemimpinan, idea disekat, salah guna kuasa berleluasa.

    hubungan pas dan dap paling stabil kerana masing-masing memahami walau bukan secara jelas matlamat perjuangan masing-masing. tidak berpura-pura dan cukup terbuka menegur antara satu sama lain secara berhemah dan sopan dalam perjumpaan. analogi mudah suami isteri bergaduh kadang-kala menjadi manis dalam rumahtangga begitulah pas dan dap.

    malaysia dalam arah mencapai kestabilan politik yang hakiki kerana PR dalam usaha membersihkan kekotoran ini tidak kira pas, dap atau keadilan. ruang lingkup kestabilan di bawah bn adalah senyap dan diam, semua perkara adalah sensitif oleh kerana itu melayu, cina , india dan lain-lain masih belum capai persefahaman yang sejati walau telah 50 tahun merdeka.

    isyaAllah dengan islam, semua bangsa akan hidup aman tanpa mengira agama dan warna kulit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s