Jazlan tawar diri tanding Timbalan Presiden Umno – Malaysiakini

Saingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden Umno lebih mengejutkan apabila Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu.

Menganggap dirinya sebagai calon alternatif, Jazlan, 42, berkata Umno perlu melakukan perubahan terutamanya bagi pengundi muda demi perubahan serius dalam parti.

“Saya membawa suara remaja. Tidak semestinya dari dalam Umno tetapi juga di luar kerana sebahagian besar pengundi adalah golongan muda,” katanya.

Jazlan yang juga merupakan seorang akauntan bertauliah berkata, semua calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut kini berjawatan menteri ataupun anggota Majlis Tertinggi (MT), parti.

Beliau berkata jika ingin terus kekal relevan, Umno perlu keluar dari kedudukan sekarang sebagai sebuah parti birokrasi di mana kenaikan jawatan adalah berdasarkan senarai pangkat yang lebih tinggi.

Tambah beliau, Pemuda Umno mahukan bukti perubahan di mana Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu melakukan proses peremajaan dalam parti apabila beliau mengambil alih jawatan Presiden.

Jazlan berkata beliau akan mengumumkan mengenai perkara ini pada mesyuarat bahagiannya yang di jadual pada 26 Oktober ini bagi mendapatkan pencalonan.

Katanya beliau tidak mengadakan sebarang rundingan dengan pucuk pimpinan parti mengenai tawarannya untuk bertanding kecuali mendapatkan restu bapanya yang merupakan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat.

“Umno perlu mencari orang yang berani untuk melaksanakan tindakan yang berani. Saya amat bimbang mengenai kedudukan Umno untuk terus hidup,” katanya.

Dua lagi calon yang mengumumkan untkk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno ialah Naib Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ahli MT, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

nota: Meriah pulak jawatan Timb Presiden. Bila terlalu ‘terbuka’, inilah akibatnya pula!

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Jazlan tawar diri tanding Timbalan Presiden Umno – Malaysiakini

  1. Salam Perkenalan,

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Terima Kasih.

  2. suara de kota

    Salam.
    Apa dah jadi dengan UMNO Johor, Negeri kelahiran UMNO tahun 1946 lalu. Tidak ke ada kata sepakat untuk menentukan ataupun merestukan SEORANG calon bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia (TPUM)

    Sepatutnya juga, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Mohamed Rahmat mampu memberi pandangan bernas kepada anaknya Dato’ Nur Jazlan (Ahli Parlimen Pulai) untuk tidak meneruskan impian untuk bertanding TPUM yang dikatakan demi wadah remaja.

    Maaflah, jauh perjalanan tentunya banyak pengalaman dan yang terlebih dahulu makan garam tentunya punya lebih akal dan pengalaman.

    Lantaran, sekiranya orang Johor sendiri yang tidak memperakui ketokohan dan ‘kesenioritian’ YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dalam perjuangan UMNO
    walaupun kita semua sedar dan setuju dengan
    saranan perlunya perubahan yang berani.

    Katalah apapun alasan untuk bertanding, lebih-lebih lagi jawatan kedua penting dalam UMNO, biarlah ianya punya kewajaran yang benar-benar wajar.

    Yang muda, janganlah terlalu cepat dan ‘gelojoh’ untuk mencari tempat. Terlebih dahulu, lalui dan tempohlah onar perjuangan yang benar-benar sebagai pejuang pewaris bangsa.

  3. tubir

    diantara jaslan dan TMY orang johor akan pileh TMY walaupun orang johor tak berapa suka pada TMY .Tak caya tanya sendiri umno johor itupun kalau diaorang nak cakap secara jujurlah……Ada orang johor yang nak dicalonkan …….TAPI………..hemmmmmmmmmmmmmmm.JOHOR OH JOHOR

  4. Mok

    As..kum.
    Ya..mungkin ‘gelojoh’ adalah perkataan paling tepat yang sedang saya cari-cari selama ini. Terima kasih suara de kota.

  5. Salam,
    Datuk Jazlan bertanding?.Team s unukiapa ini?.Kita sering dengar ‘pace runner’ dalam acara sukan terutamanya dalam larian jarak jauh.Dimana sengaja mengadakan seorang pelari yang memecut dihadapan untuk menarik perhatian pelari lain untuk kepentingan pelari ayam tambatan sesuatu pasukan pelari.Pelari – pelari yang mengikut “pace runner’ini biasanya akan cepat keletihan sebelum tamat perlumbaan.Dengan cara ini pelari ayam tambatan dari pasukan pace runner ini akan beroleh kejayaan dengan cara menipu!.

    Datuk jazlin ini pace runner untuk team siapa?.Najib atau Pak Lah?.Siapa yang mereka ingin sikirkan dari mendapat sokongan Johor?.mangsanya Muhyidin?.Siap lagi ‘Pace Runner’lagi?.Semakin lama semakin seronok lihat telatah Hero…hero UMNo sekarang!.Wassalam.

  6. Wirawaja

    Salam.

    Pengumuman Nur Jazlan menjadikan ramai orang ‘terkejut beruk’ sebab memang ramai orang yang tidak percaya seorang Ketua UMNO Bahagian yang masih muda dan juga Ahli Parlimen sanggup menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

    Ramai mengetahui Nur Jazlan adalah anak sulung bekas Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Dato’ Mohamad Rahmat. Cuba lihat pengalamannya dalam politik selain menjadi Ahli Parlimen Pulai bagi penggal yang kedua:

    AJK Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Pasir, Bahagian Pulai, Johor (1989)
    AJK Pegerakan Pemuda Bahagian Pulai (1994-2001)
    Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai (1998-2001)
    Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda, UMNO Bahagian Pulai
    Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1996-2004) dan memegang jawatan Pengerusi Majlis Pembangunan Bandar, Perumahan Rakyat dan Setinggan Pemuda UMNO Malaysia (1996-2004)
    Naib Pengerusi Majlis Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (1998-2000)
    AJK Ad Hoc Penjaja (1998-2000)

    Hebat sungguh ke Jazlan ni? Cuba senaraikan apa yang telah dilakukan semasa menjadi Pengerusi Majlis Pembangunan Bandar, Perumahan Rakyat dan Setinggan Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Pengerusi Majlis Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia?

    Kalau setakat mendapat tempat tercorot dalam pemilihan Exco Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1998 sedangkan beliau adalah pemegang jawatan Exco 1996-1998, apakah beliau layak untuk memegang jawatan Timbalan Presiden?.

    Dia mendapat tempat melalui UMNO Bahagian Pulai kerana diangkat oleh bapanya sendiri. Berapa ramai pemimpin Bahagian Pulai yang lebih kanan terpaksa dipancung dan disingkirkan dengan pelbagai cara demi menunjulkan warisnya.

    Sebenarnya, Jazlan sekarang ini sedang nazak di Pulai disebabkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian telah dicabar oleh Timbalannya, Dato’ Osman Sapian yang juga ADUN Kempas. Sebagai penyandang jawatan beliau mendapat 46 pencalunan sementara Osman 33 pencalunan.

    Rasanya apa yang ditawarkan oleh Jazlan ini adalah untuk mendapatkan simpati dan sokongan moral dari perwakilan dalam Bahagian Pulai supaya dapat dikekalkan dalam pemilihan tahun ini.

    Hendak mengekalkan jawatan pun belum pasti, belum lagi diperkirakan prestasinya sebagai Ahli Parlimen…… janganlah nak berangan-angan nak jadi pemimpin besar dalam negara!.

    Ketika ini orang yang paling gusar ialah bapanya sendiri, Mohamad Rahmat. Eloklah Jazlan nasihatkan bapaknya supaya berehat dan beramal ibadat kerana kesihatannya pun dah keronik dan tak memungkinkannya menabur wang dan berkempen untuk Jazlan di Bahagian Pulai.

    Kesian Jazlan yang akan berkubur di Pulai.

  7. naruto

    jangankan cakap kat pulai, kat ampang nih pun ade pertandingan tapi ade saje halangan…
    tak tau la ape nak jadi….
    aku rase lebih baik meka nih buat keje ambik rakyat semula mungkin ade lagi ruang..
    selamat bermesyuarat..

  8. Kuntakinte

    Salam, ai…. jadi ahli parlimen pun tak pernah bercakap dan berbahas, aleh…aleh… teringin nak jadi Timbalan Presiden ish..ish…ish…

    Sukat baju di badan sendiri yeop…..

  9. dalam kampung boleh ler berkokok… tapi teman rasa ingat-ingat ler sikit setakat ingat jer susah kalau dalam kandang sabung tu… lain benor ..tak sama weh macam di reban kampung

    sekupang dua rasa kalau peringkat bahagian handai benor tapi kalau semalaya teman rasa tak sior orang menelek nyer

  10. Wirawaja

    Salam,

    Kesian juga dengan Tok Mat. Dulu dia punya kuasa, boleh buat apa saja untuk anak dan suku sakatnya.

    Sekarang bila anaknya dah nak terlingkup, mulalah dia merapu. Bapak buat sokongan untuk anak. Tak seorang pun yang memberi sokongan. Semua akhbar hari ini menyiarkan berita yang langsung tidak memberi kredit kepadanya.

    Jadi, yang untung siapa? Orang yang mencabarnya, Osman Sapian yang pernah satu ketika dulu tidur sebantal dan makan sepinggan dengan Tok Mat yang ketawa besar sekarang.

    Itulah pemimpin yang naik kerana dipimpin dan bukan kerana keyakinan dan kepintaran diri sehingga tidak dapat mengukur baju yang akan dipakai. Bahkan melihat cermin diri dengan akal yang songsang.

  11. Salam..

    Ini la yang dikatakan “lebih kuah dari nasi”..senior2 dalam UMNO pun banyak yang rileks (cth mcm TSMY) dia yang melompat dulu..bukan apa, aku takut Jazlan nie kempunan..yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..nak jadi TPM pun punah..nak jadi Ketua Bahagian Pulai pun hancuss…

    Kepada YB, jangan marah..ini pandangan ikhlas dari akar umbi..apa yang penting sekarang tunjukkan kebolehan dan kesungguhan, dan masa yang akan menentukan samada cita2 itu akan tercapai atau tidak..kalau jasa seinci, manakan adil mendapat imbuhan sepanjang tangan..yang paling penting, semuanya Qada’ & Qadar dari Allah SWT..Dia yang Maha Mengkehendaki..

    p/s: Piee kata, nak ukur baju, jangan sukat perdu (batang) nyioq..nanti nak pakai tak boleh 🙂

  12. suara de kota

    Salam.

    Nak tanya ada perwakilan UMNO Pulai menang ke Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad yang pernah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, jawatan KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI?.

  13. tubir

    salam
    Orang umno ni memang bodoh dan belum matang ,Kalau najib dah melepasi kouta pencalunan ,nak buat apa calunkan najib lagi …..berilah undi tu pada orang lain pulak …….kenapa semua takut ? Takut bila najib jadi peresdin umno nanti dia balas dendam .Kepada orang umno najib berada disitu kerana sokongan anda semua dan anda semua boleh buang dia bila dia gagal.berubah lah wahai orang orang umno .Berilah sokongan kepada orang orang yang belum cukup kouta lagi …..biar meriah pertandingan tu .

Leave a comment