Anwar Di Mata Ketua Demonstrasi Baling 1974

Anwar sentiasa kaya muslihat untuk perdaya orang ramai

Abdul Rahman Sulaiman

SEPERTI diduga dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan melalui pembelotan ahli Parlimen Barisan Nasional pada hari ulang tahun pembentukan negara Malaysia, kelmarin jelas meleset.

Hari Selasa, 16 September berlalu begitu saja tanpa sebarang peristiwa mengejutkan walaupun beberapa jalan utama di Kuala Lumpur pada hari itu agak lengang. Mungkin ada yang takut untuk keluar, terutama selepas polis memberi amaran untuk bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang mungkin mengadakan tunjuk perasaan atau cuba menimbulkan kekacauan.

Bagaimanapun, pejabat kerajaan dan gedung perniagaan dibuka seperti biasa dengan orang ramai menjalankan urusan masing-masing seperti lazimnya.

Sebenarnya penulis adalah salah seorang daripada mereka yang tidak pernah terdetik di dalam hati untuk mempercayai rancangan pembelotan ahli Parlimen BN itu seperti pernah dibayangkan dalam ruangan ini beberapa kali.

Anehnya, sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 hampir enam bulan lalu, seluruh negara seolah-olah berada dalam penantian menunggu peralihan kuasa yang diuar-uarkan itu. Mengapa ini berlaku? Sebabnya tentulah banyak. Sebahagian daripadanya terletak pada batang tubuh Anwar sendiri.

Sejak zaman remajanya, bermula sebagai pemimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) pada penghujung tahun 60-an sehinggalah kepada zaman beliau memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pergerakan Pemuda Umno, Naib Presiden serta Timbalan Presiden Umno, beliau berjaya menonjolkan imej dan kredibiliti yang cemerlang sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah sebagai manusia, beliau tidak mempunyai sebarang kelemahan dan kecacatan.

Walaupun ada masa-masanya imej beliau mengalami musim pasang surut, beliau berjaya mengatasinya secara pantas dengan kebijaksanaannya mempermainkan emosi orang ramai. Pada satu segi, atas kebijaksanaan beliau memanfaatkan the art of deception ini, beliau patut diberikan sekalung tahniah.

Ada beberapa lagi sifat semula jadi Anwar yang mungkin tiada pada pemimpin lain. Antaranya beliau cukup fokus terhadap sesuatu yang ingin dicapainya, bijak meyakinkan orang dengan hujahnya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mencapai sesuatu di samping mahir berpidato.

Penulis tidak pernah lupa bagaimana beliau dan rakannya dalam PKPIM meyakinkan penulis untuk terus mengetuai kumpulan mahasiswa di Pulau Pinang berdemonstrasi berminggu-minggu berhubung isu kemiskinan di Baling pada 1974 sehinggalah polis bertindak.

Hanya selepas ditahan polis baru disedari bahawa cerita mengenai penduduk kampung di Baling yang mati kebuluran hanya cerita rekaan yang ditokok tambah untuk menyedapkan cerita.

Begitu juga dengan keputusan beliau untuk menentang Tun Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden semasa berada dalam Umno dulu. Pada awalnya ramai rakan tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau masih baru dalam Umno, tetapi akhirnya semua akur apabila beliau berjaya meyakinkan bahawa itu adalah kehendak akar umbi parti atau kerana adanya apa yang dikatakan groundswell.

Sebenarnya groundswell itu beliau sendiri yang mewujudkan dengan orang-orang kuatnya sebelum itu.

Betapa beliau sanggup mengorbankan dirinya untuk mendapat simpati orang ramai jelas dapat dilihat daripada kesanggupannya menghadapi tahanan ISA beberapa kali serta kesediaan beliau berhujan dan berpanas memimpin gerakan Reformasi tanpa menghiraukan kesihatan diri apabila beliau dipecat daripada kerajaan pada 1998.

Itulah dia Anwar yang penulis kenal. Ada pihak berpendapat selepas dakwaannya untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September gagal, kredibiliti beliau akan terjejas teruk dan orang tidak akan mempercayai lagi kata-katanya.

Pada pendapat penulis, kalau pun ini benar, ia hanya bersifat sementara. Dalam tempoh terdekat, nama Anwar akan melantun semula. Lihat saja bagaimana beliau dengan cara yang bersahaja mendakwa bahawa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk membincangkan soal peralihan kuasa secara teratur.

Untuk itu, Anwar mendakwa menulis surat kepada Abdullah. Abdullah yang mengakui menerima surat tersebut menjelaskan bahawa apa yang diperkatakan dalam surat itu hanya perkara umum dan langsung tidak timbul soal penyerahan kuasa.

Anwar juga mendakwa sudah mempunyai senarai 31 orang anggota Parlimen BN, kebanyakannya daripada Umno yang sudah bersetuju untuk melompat ke pihak beliau.

Seperti yang dijelaskan oleh Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ini hanyalah satu taktik untuk memerangkap Perdana Menteri. Adalah dipercaya bahawa selepas gagal memujuk anggota BN melompat pada 16 September, pemimpin PKR itu masih mempunyai banyak taktik untuk digunakan apabila tiba masanya.

Dengan itu beliau akan terus bertindak dengan pelbagai kerenah untuk memesongkan pemikiran orang ramai dan melemahkan kerajaan yang ada. Ketidakstabilan politik yang wujud sekarang akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Seorang teman wartawan bertanyakan cara terbaik untuk mengendalikan kenyataan Anwar selepas ini selepas jelas bahawa sebahagian kenyataan beliau didapati tidak benar atau menyangsikan. Jawapan penulis ringkas, iaitu ‘Pandai-pandai sendirilah’.

Media pasti tidak mampu menghitamkan (blackout) kenyataan beliau kerana beliau kini adalah ketua pembangkang di Dewan Rakyat. Kalau pun media memilih tidak menyiarkan kenyataan Anwar, beliau sendiri mempunyai ramai rakan bloggers yang bersimpati di samping mempunyai blog sendiri untuk memuatkan apa saja kenyataan yang beliau keluarkan.

Media asing juga rata-rata menganggap Anwar sebagai kekasih. Bagi kerajaan, Umno dan BN, opsyen mereka juga terhad. Kalau selama ini dengan kekuatan dan kecanggihan jentera penerangan yang ada di samping pekerja parti yang jauh lebih ramai mereka mendapatinya sukar, bagaimana pula dalam keadaan parti yang mungkin berpecah dan lemah.

Jelaslah bahawa untuk mengatasi Anwar, Umno dan BN perlu ada orang yang memiliki kredibiliti lebih baik daripada beliau. Tumpuan perlu diberikan kepada soal penonjolan imej dan pembinaan persepsi. Seperti yang lazim dikatakan, politik itu tidak lebih dari permainan imej dan persepsi. – Berita Harian

Datuk Abdul Rahman Sulaiman adalah bekas Ketua Pengarang Bernama

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Anwar Di Mata Ketua Demonstrasi Baling 1974

  1. maw

    persetanlah umno,menipu nenek moyang khususnya islam dan bangsa melayu.

  2. maw luu…cina jangan cakap pasal melayu lah… lu cakap pasal lu punya hati musuk la..lu ingat olang mau ikut lu ka

    sekupang dua tertanya .. betuiker UMNO menipu.. sedangkan engkau pun hidup aman hasil dpd kestabilan UMNO masa bila lak umno menipu …setahu teman yang kena tipu MIKER (MAW)… tapi nak cakap macamana kalau sibiol ni cakapler berapa puluh kalipun telinga dema dah labang (…camana .. lebih kurang udah tongong.. pekak pulak)… pikior sendiri ler

  3. Nadrah

    Maw tu orang Cina MCA ler…. takkan nak gaduh kot…. Kang Bee End, tinggal UMNO satu ekor saja…….

  4. Bakal PM

    ala cik Nadrah rasanya mat jenin jer kot pas ni tinggal sorang2 … nak tau kat mana?? Kat tanjung Rambutanla…. Lagi detail kat hospital bahagia…. Yela kempunan sgt nak jd PM … ditambah pulak dgn malu yang amat bila rakyat tau di kaki kelentong kuat menipu… (Dalam bulan pusa pun nak tipu ker)…. So kalau betul cik nadrah ni setia sgt kat mat jenin tu lawat2 la dia slalu nanti… jgn time waras je sokong bila sewel semua cabut… Keh….Keh… nak tukar stlye gelak la lps ni…

  5. cik nadrah …. awat hang dok jeles kat UMNO betui-betui..ada apa-apa ka….tak buleh ke hang jeles kat MCA ka….dato’ samy vellu ker….ini tak mau lain …mesti UMNO yg hang jeles…awat na…

    sekupangdua pikiakla mesti aka kes nadrah ni macam marah pun ada macam jeles pun ada…hmmm mesti ada sebab……kwang..kwang kwang

Leave a comment