Daily Archives: September 23, 2008

Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan – Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

“Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Beliau mengulas laporan agensi berita AFP hari ini bahawa pertemuan sudah mula diadakan di antara wakil Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat berhubung perkara berkenaan.

Laporan itu memetik Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa sudah ada usaha awal ke arah itu.

“Itu adalah laporan paling gila yang pernah saya dengar. Kamu perlu fikir dahulu sebelum membuat laporan sedemikian,” katanya.

Pagi ini ketika dihubungi mStar Online Tian berkata, pihaknya akan menggerakkan usaha sedemikian dalam waktu terdekat sama ada untuk membentuk kerajaan baru atau mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak berkenaan. – mstar

tapi….PR kata depa tengah berunding?…. baca sini
tapi apa nk dihiraukan kalau PR ni tipu….namapun Penipu Rakyat…kejap 16 Sept…lepas tu 23 Sept…lepas tu 1 Okt…nk cover line…dia cakap plak tengah berunding. Mungkin berunding utk gugurkan kes liwat Anwar kot!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap – Malaysiakini

Kerajaan diminta menyediakan makanan tiga kali sehari, berkhasiat dan seimbang kepada tahanan, termasuk yang ditahan tanpa bicara bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau akan membawa isu makanan yang “mutunya tidak dijamin” itu ke persidangan parlimen yang bersambung pada 13 Oktober ini.

“Bukanlah (mahu makanan) mewah, tetapi biarlah sederhana dan munasabah,” katanya, yang pernah dipenjara sebulan, kepada Malaysiakini.

Salahuddin (foto kiri) dibawa ke Penjara Kajang pada 2000 selepas didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram bagi membantah kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997.

Menurutnya lagi, dengan kenaikan harga barang di pasaran, keperluan menaikkan kos makanan di penjara dan lokap tidak boleh dinafikan.

Beliau mencadangkan RM10 sehari diperuntukkan untuk makanan tahanan di penjara dengan RM2 untuk sarapan pagi dan RM4 makan tengah hari dan makan malam.

Beliau diminta mengulas pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah yang dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kos makanan yang disediakan oleh kerajaan untuk setiap tahanan di lokap dan menyifatkannya “tidak masuk akal.”

Untuk tiga kali makan, katanya, kerajaan memperuntukkan RM4.50 sehari dengan pecahan 60 sen (sarapan), RM2 (tengah hari) dan RM1.90 (makan malam).

Murugiah mencadangkan kerajaan meningkatkan peruntukan RM10 sehari bagi setiap banduan atau tahanan.

Isu ini timbul apabila exco kanan Selangor, Teresa Kok (foto kanan) menyifatkan hidangannya dalam tahanan ISA minggu lalu “seperti makanan anjing” – dua biji telur, timun dan kuah untuk makan tengah hari dan malam.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata ia menerima aduan tahanan tentang penyediaan makanan yang “teruk” dan “tidak pelbagai” di Penjara Simpang Renggam, Johor.

“Mereka diberikan ikan masin, nasi dan kari hampir setiap hari. Bila Suhakam datang melawat, baru makanannya berubah,” kata penyelarasnya E Nalini.

Tambahnya, tahanan dapat makanan sedap seperti ayam dan daging sebagai lauk hanya seminggu sekali.

Beliau berpendapat, tahanan patut diberikan makanan berkualiti untuk mengelakkan penyakit.

nota: uish…ni nak galak rakyat Malaysia jadi penjenayah ker sampai nak bagi makanan yang ‘grand’? sepatutnya penjara menjadi tempat utk mereka ini berasa insaf bukan menjadikan penjara itu seperti syurga. Telor dua biji, mentimun dan kari—hehehe—-sudah lah bukankah telor itu pun makanan berkhasiat…??? Ntah lepas ini, mesti mintak bijiran sarapan yang diimport plak!!

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

1 Oktober pulak….- Malaysiakini

Selepas dua permintaan Pakatan Rakyat ditolak Perdana Menteri minggu lalu, kini perikatan pembangkang itu meletakkan tarikh sasaran yang baru – 1 Oktober ini – cuba merealisasikan pelan menukar kerajaan.

Pada 16 September lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun menolak permintaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan pertemuan bagi membincangkan keadaan politik semasa negara dan membincangkan proses peralihan kerajaan secara aman, dan syor diadakan sidang khas Parlimen hari ini, yang dikemukakan dua hari kemudian.

Sasaran 16 September dan 23 September sudah pun berlalu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat akan terus memastikan peralihan kuasa akan berlaku pada tarikh tersebut walaupun sidang Parlimen tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ditolak.

“Kita sasarkan peralihan kuasa secara aman akan berlaku sebelum hari raya nanti.

“Ataupun satu persefahaman ke arah itu (peralihan kuasa) akan dapat dicapai pada 1 Oktober nanti,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Pakatan Rakyat sedang mengatur satu rundingan dengan wakil Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai perlihan kuasa antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

“Perdana Menteri enggan menemui kita, jadi kita akan berusaha untuk berurusan dengan pegawai-pegawainya untuk berbincang.

“Kami percaya melalui perbincangan kita dapat membentuk kerajaan dalam keadaan aman,” katanya.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai perancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agung bagi memohon perkenan membentuk kerajaan baru, beliau berkata, perkara itu perlu diuruskan dengan cara terbaik.

“Sebelum kita mengadap Yang di-Pertuan Agung, lebih baik kita selesaikan dengan rakyat biasa dahulu,” katanya.

Anwar mengumumkan saran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September pada 1 April lalu. – mstar

nota: entah tarikh apa lagi yang DSAI nak gunakan kalau 1 Okt pun tak jadi

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Raja Petra Kena ISA 2 Tahun -Malaysiakini

Raja Petra Kamarudin yang ditahan pada 12 September di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting, Taiping untuk tahanan selama dua tahun.

Arahan tahanan dikeluarkan malam tadi.

Permohonan habeas corpus bagi pembebasan Raja Petra didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Raja Petra, pengendali blog Malaysia Today memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi pada 16 September lalu agar beliau dibebaskan daripada ditahan mengikut ISA.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA.

Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting.

Raja Petra merupakan antara tiga orang yang ditahan di bawah ISA pada 12 September lalu.

Dua yang lain ialah Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh dan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Kedua-dua mereka telah pun dibebaskan. – mstar

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Pintu Umno sentiasa terbuka untuk ahli SAPP” Bung Mokhtar – Malaysiakini

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini berkata ruang untuk menjadi anggota Umno sentiasa terbuka kepada kaum bumiputera dari Parti Progresif Sabah (SAPP) yang meninggalkan parti itu, sekiranya mereka ingin meneruskan perjuangan di dalam Barisan Nasional (BN).

Bung yang juga Timbalan pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata beliau cukup yakin walaupun Umno merupakan sebuah parti yang menjadi wadah perjuangan kaum Melayu, namun ia tetap mengamalkan konsep terbuka.

“Kami melihat perjuangan bumiputera melalui Umno adalah lebih baik. Ia tidak diskriminasi mana-mana anggota, termasuk anggota bukan Muslim iaitu daripada Kadazandusun juga sertai Umno, dan ada yang memegang jawatan ketua di peringkat bahagian, ketua wanita dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini, malam ini.

“Ini merupakan contoh yang menunjukkan bahawa Umno adalah pragmatik,” katanya semasa mengulas tindakan 2,000 anggota dari 15 cawangan SAPP yang beramai-ramai bertindak keluar dari parti itu di Sandakan baru-baru ini.

Katanya BN dapat melihat bahawa SAPP tidak bersatu hati kerana terdapat anggota dan pemimpin yang tidak bersetuju dengan tindakan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengumumkan bahawa parti itu mengambil keputusan keluar dari BN pada 17 September lepas.

Bung Moktar juga percaya Yong membuat keputusan itu kerana terpedaya dengan janji-janji palsu yang ditaburkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab itu saya melihat tindakan SAPP keluar dari BN tidak merugikan BN, sebaliknya merugikan anggota-anggota SAPP itu sendiri,” tambah beliau, sambil berkata tidak mudah bagi pembangkang mengambil alih kerajaan di peringkat persekutuan. / Bernama

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO Kelantan Juga Sokong Pelan 2010 – malaysiakini

Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir.

Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.

“Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya. – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda