Daily Archives: September 12, 2008

Masalah UMNO Lagi Membimbangkan

Masalah dalaman Umno adalah lebih membimbangkan daripada memikirkan kemungkinan wakil rakyatnya menyertai pembangkang, kata Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Sabah, Datuk Anifah Aman.

Katanya, kepimpinan Umno perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan masalah dalaman parti itu daripada terlalu gusar memikirkan kemungkinan wakil rakyatnya menyertai pembangkang.

“Apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin-pemimpin Umno terlalu memberi tumpuan kepada ura-ura kononnya ada wakil rakyatnya akan melompat parti padahal mereka sepatutnya menangani masalah Umno itu sendiri,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kota Kinabalu.

Anifah, yang juga Anggota Parlimen Kimanis dan Ketua Umno Bahagian Kimanis, berkata soal wakil rakyat daripada Umno menyertai pembangkang tidak akan timbul jika parti itu terus kuat dan pemimpin-pemimpinnya tidak terbawa-bawa dengan isu-isu lain.

“Saya lebih risau tentang apa yang akan terjadi kepada Umno khususnya menjelang pemilihan parti Disember ini,” katanya.

Ekoran pilihanraya umum Mac lalu yang menyaksikan BN buat pertama kalinya kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, Anifah mengambil keputusan yang agak mengejutkan dengan menolak pelantikannya sebagai seorang timbalan menteri, jawatan yang disandangnya selama dua penggal sebelum itu. – malaysiakini

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Seorang lagi calon KP UMNO Malaysia

Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin hari ini mengesahkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia Disember ini.

Zahidi berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenainya di Kuala Lumpur selepas 18 September ini.

Beliau yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berkata, beliau mahu menawar diri bertanding jawatan tersebut bagi memulih dan menjenamakan semula pergerakan tersebut.

Katanya, ini kerana Pemuda Umno kini tidak lagi mendapatkan sokongan dari akar umbi, terutama dalam pilihanraya umum Mac lalu dan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lalu.

Beliau mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah gagal menyelesaikan masalah yang melanda Umno sekarang.

Katanya, kelemahan perdana menteri untuk mendekatkan diri dengan mantan perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), telah menghilangkan keyakinan rakyat.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Raja Petra ditahan di bawah ISA

Pengedali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah ditahan di bawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) sebentar tadi.

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangna politik semasa.

Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teresa Kok Akan Ambil Tindakan….

1. YB Teresa terkejut bila baca artikel dalam Utusan Malaysia tarikh 10 Sept 2008. Dia kata rtikel itu memetik pembohongan Khir Toyo yang mendakwa dia bawa bantahan terhadap azan Masjid.

2. Artikel tu ditulis oleh Zaini Hasan. Zaini tulis Teresa pernah pergi masjid berkenaan sebelum subuh dan menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara.

3. YB Teresa kata artikel ni bohong semata-mata. Tujuan untuk rosakkan nama dia.

4. Sekrg YB Teresa minta YB Khir Toyo, Zaini dan mereka yang terlibat utk tarik balik tuduhan ini.

5. Takpelah YB Teresa, kalau betul tak buat, harap2 YB Khir Toyo dan seangkatannya tarik balik laa statement dia.

6. Tapi, kita pun nak tanya YB apa cerita dengan papan tanda tulisan JAWI tempohari. Kenapa YB nk bantah sedangkan dulu sebelum merdeka, mmg kat sini ramai guna tulisan JAWI. bukan ker tulisan JAWI ni warisan negara. Ada pulak kata YB bantah sebab kualiti papan tanda baru ini rendah berbanding papan tanda yang lama. Ish yang mana betul ni?

7. Takpelah ingatkan YB bantah sebab nk tulisan rumi je, tapi ada pihak kata YB cadang letak tulisan cina dan india pulak. Yang JAWI tadi tu gugurkan. Eh, apa kene plak ni.

8. Apa2 pun YB kalau boleh keluarkan lah statement pasal signboard ni…ramai yang nak tau juga kisah sebenar.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda