Daily Archives: September 21, 2008

Jangan Gugat Hak Islam!

Pada masa kebelakangan ini terdapat cubaan sama ada secara disengajakan atau tidak untuk mengugat keistimewaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sebagaimana termaktub dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ia dilakukan melalui perbagai cara antaranya penganjuran forum kontraversi”Memeluk Islam” oleh Majlis Peguam Ogos lalu,penyebaran atikel-atikel menghina dan merendah-rendahkan Islam menerusi blog dan juga campurtangan upacara keagamaan Islam.Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata,”Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain di negara ini tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di negara ini dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.Kontrak Sosial mesti dijunjung oleh setiap rakyat.Bukan hanya Melayu sahaja. Ini adalah teras kepada jalinan hubungan antara kepelbagaian etnik dan agama di negara kita.
Oleh itu apabila ada yang mempertikaikan kenapa ada JAKIM dan bukannya JAKAM (Jabatan Kemajuan Agama-agama Malaysia) dan cadangan ditubuh pelbagai Jabatan agama-agama lain ini pastinya bertentangan dengan semangat perlembagaan kita.Yang menjadi masalah ialah apabila tuntutan yang dikemukakan bukan berpunca daripada kehilangan hak bukan Melayu tetapi mereka ingin merebut hak orang lain (Islam dan Melayu).Pada masa yang sama nak mengugat kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Islam memang mengajar umatnya bersikap moderate tetapi jangan lupa Islam juga mewajibkan ke tahap sanggup syahid.Kalau situasi ini tidak terkawal ia akan merebak daripada pertembungan penganut agama kepada kaum.Sebabnya realiti etnik di Malaysia penganut agamanya di wakili majoriti sesuatu kaum.Ini berbeza dengan negara lain termasuk di Asia Barat.Di Lebonan atau Syria,mereka semua berbangsa Arab tetapi ramai yang menganut katolik dan Protestan.

oleh Mamak Penang.
Sumber:Utusan Malaysia,Selasa 16 Sept.2008.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2000 ahli SAPP keluar Parti – Malaysiakini

Kira-kira 2,000 ahli dari 15 cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tanjung Papat mengumumkan keluar dari parti itu sebagai menyokong pendirian Timbalan Presidennya, Datuk Raymond Tan yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi SAPP untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), demikian menurut laporan Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan, mereka membuat keputusan itu dalam satu perjumpaan di Sandakan malam tadi dengan Tan yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat.

Dengan tindakan itu, SAPP Tanjung Papat kini hanya mempunyai satu cawangan iaitu Slipway di kawasan Bandar Sandakan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan SAPP, Tanjung Papat Poon Kee Yang.

Turut keluar SAPP ialah Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin.

Shaiful Bahari Muin yang sebelum ini ialah Ketua SAPP Cawangan Kampung Melayu Bumiputera berkata mereka membuat keputusan keluar parti sebagai tanda menyokong pendirian Tan.

“Kami sebulat suara menyokong Tan dan bersetuju keluar dari SAPP. Bagi kami Tan adalah pemimpin parti dan wakil rakyat yang memikirkan rakyat dan penyokongnya dalam membuat apa juga keputusan, sudah tentu kami akan menyokongnya,” katanya kepada Bernama.

Tan yang juga merupakan pengerusi SAPP Zon Sandakan tetapi disebabkan pendiriannya itu termasuk tidak bersetuju dengan cadangan usul tidak percaya SAPP terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada 18 Jun lepas, beliau disisihkan dari parti.

Jawatan Pengerusi ZON Sandakan kini disandang oleh Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong.

Pada 17 September lalu, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengumumkan keputusan parti itu keluar dari BN setelah lebih 13 tahun dalam gabungan tersebut, dengan alasan BN telah hilang “Semangat BNnya”.

Pada 18 Jun, SAPP mencadangkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Blogger Kickdefella Dibebaskan – Malaysiakini

Penulis blog “Kickdefella”, Syed Azidi Syed Aziz yang ditahan reman untuk siasatan kes hasutan, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

 

Dia dibebaskan pukul 4.30 petang tadi.

 

Beliau dipercayai ditahan ekoran membuat cadangan di laman blognya agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

 

Syed Azidi, 38, yang ditemani Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Sallehuddin Ayob dan peguamnya, Amrit Pal Singh dilihat meninggalkan Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini pada pukul 4.15 petang selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

Beliau akan dipanggil semula oleh polis pada 17 Oktober depan.

 

Syed Azidi yang mengadakan sidang akhbar di rumah kakaknya di Bukit Persekutuan di sini kemudiannya berkata, sepanjang beliau ditahan, beliau dilayan dengan baik oleh pegawai dan anggota polis.

 

“Tidak timbul sebarang pertelingkahan atau perasaan tidak puas hati sepanjang saya ditahan. Saya dijaga dengan baik malah apa yang saya minta untuk keperluan saya diberikan,” katanya.

 

Menurutnya, sepanjang beliau ditahan, tidak ada sebarang kenyataan diambil ke atas dirinya sebaliknya hanya kenyataan berhubung latar belakangnya.

 

“Tidak ada sebarang kenyataan diambil dan saya telah memberi sepenuh kerjasama. Saya rasa saya bukan ditahan kerana memberi cadangan supaya bendera dipasang secara terbalik…” katanya dipetik Bernama.

 

Syed Azidi turut mengumumkan penarikan diri sebagai ahli Umno Kelantan hari ini.

 

“Walaupun saya bekerja dengan kerajaan PAS negeri hampir setahun setengah tetapi saya masih ahli Umno. Hari ini saya nak umum penarikan diri saya sebagai ahli Umno.

 

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ambil berat mengenai kes saya ini,” katanya.

 

Semalam Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas Syed Azidi sehingga 5 petang ini.

 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

 

Syed Azidi, Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bahru mengikut Akta Hasutan pada 17 September.  – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda