Daily Archives: September 1, 2008

16 September cuti umum negeri diperintah Pakatan?

Selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

“Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengenai ‘Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita’ di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.

“Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan,” kata Lim yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.

Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.

Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.

 

nota: Belum jadi PM sudah mahu meng’gula-gula’kan rakyat

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

‘Saya tidak kempen, cuma jelaskan isu sumpah’

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang menjadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengejutkan banyak pihak ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh minggu lalu menjelaskan dia masih lagi imam masjid berkenaan.

“Hingga kini, Insya-Allah saya masih lagi imam di Masjid Wilayah Persekutuan,” katanya kepada mStar Online semalam.

Ramlang memberitahu, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab atau arahan daripada pihak pentadbiran berhubung kedudukan jawatannya sekarang.

“Tidak, tidak terima apa-apa surat pun. Mengapa pula saya nak dikenakan tindakan sedangkan saya tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Beliau yang kini sedang bercuti selama seminggu bermula Isnin lalu akan kembali bertugas seperti biasa Selasa ini.

Rabu lalu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kemungkinan Ramlang boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dengan kempen pilihan raya Permatang Pauh.

Bagaimanapun jelas beliau, kehadirannya di Permatang Pauh, yang dikatakan ‘berkempen’ untuk Anwar, adalah bertujuan menjelaskan kepada masyarakat mengenai perkara sebenar serta tidak mahu orang ramai salah anggap tentang kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah.

“Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen.

“Saya tidak kata pun kepada mereka di sana supaya undi mana-mana calon,” katanya yang enggan menyatakan di mana beliau berada sekarang.

Beliau yang dihubungi hari ini juga enggan menyatakan di mana beliau berada bimbang keselamatannya terancam.

Ramlang berkata, beliau hadir ke ‘pentas’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah atas kehendak sendiri tanpa didorong oleh sesiapa mahupun untuk kepentingan peribadi.

Anwar bertanding atas tiket PKR dan menang Selasa lalu.

Jelasnya lagi ‘kebetulan’ PKR menyediakan platform serta memberi ruang kepadanya untuk membuat penjelasan berhubung perkara ini.

Ditanya mengapa tidak menggunakan saluran lain untuk membuat penjelasan, beliau berkata pihak lain mungkin susah menerima penjelasannya itu.

“Saya tak pilih Barisan Nasional (BN) sebab saya tahu penjelasan saya tidak akan diterima.

“Cuba anda fikir, jika saya ada pilihan iaitu sama ada BN, kenyataan media atau PKR… mana satu saluran yang orang nak dengar dan percaya?”

Diminta penjelasan mengapa beliau tidak memilih PAS untuk tujuan itu kerana PAS sememangnya memperjuangkan Islam, beliau berketa: “Sebab PAS tak jemput saya dan tak beri peluang kepada saya,”.

Ramlang juga menyatakan kehadirannya semasa Mohd Saiful bersumpah laknat pada 15 Ogos lalu adalah secara kebetulan kerana beliau bertugas pada hari tersebut.

“Kebetulan saya bertugas, jadi pihak atasan mengarahkan saya untuk mendengar sahaja, bukan untuk mengatur.

“Saya tegur sewaktu dia (Mohd Saiful) tersalah sebut perkataan Watallahi sebab terlalu jelas kesalahannya, yang lain-lain saya dengar sahaja,” katanya.

Bagaimanapun beliau kesal kerana ramai pihak yang menuduhnya bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu.

Diminta mengulas mengenai ‘arahan pihak atasan’ seperti yang dimaksudkannya sebelum ini, beliau berkata dalam hal ini ia perlu difikirkan secara logik akal.

“Ini kena fikir logik. Masjid Wilayah Persekutuan adalah di bawah kerajaan negeri, jika kita ingin melakukan sesuatu di dalam masjid, perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak atasan.

“Sepatutnya imam besarlah… tapi dia tidak ada kerana mengerjakan umrah. Jadi anda fikirlah masjid ini di bawah pentadbiran siapa? Siapa lagi yang boleh memberi kebenaran?” katanya yang enggan menyebut siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bila giliran utk bangsa melayu akan tiba di Perak??

Langkah Kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

“Oleh itu, kami mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa Mohammad Nizar mengumumkan pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak.

Menurut laporan itu, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbiran sekolah.

Mohammad Nizar dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.

Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah itu bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut. (Apakah sekolah telah bertukar status menjadi kilang-kilang, sedangkan banyaknya sponsor-sponsor Taiko-Taiko depa yang kaya-raya .

Zainol Fadzi berkata, Pemuda UMNO menghormati keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada sekolah Cina di Perak.

Tetapi, kalau boleh kerajaan negeri juga kena berlaku adil kepada sekolah agama Islam dan pondok persendirian yang turut berhadapan dengan beban kewangan.

“Kita mahu Menteri Besar dapat membuat keputusan membela orang Melayu dan bumiputera supaya nasib dan kepentingan pribumi ini tidak dikemudiankan,” katanya.

nota: Bermula dengan projek mega babi, penghapusan DEB, status tanah 999 tahun dan kini tanah percuma pula diberikan kepada bangsa asing dan bukannya orang Melayu di negeri Pakatan Rakyat. Sudah hampir 6 bulan memerintah tetapi tiada apa yang diberikan kepada orang Melayu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

TKM P.Pinang Tak Turun Padang?

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.

Menurutnya, ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu.

“Saya susah hati kerana tidak pernah orang komplen secara terbuka begini dan mereka minta saya nasihatkan Fairus. Memang kita sibuk tetapi kenalah luangkan masa untuk menemui penduduk kerana mereka boleh  faham dan terima kalau kita sibuk tetapi mereka tidak boleh terima kalau kita tak turun padang,”  kata Anwar.

Bernama memetik beliau sebagai berkata mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikan dalam ucapannya di majlis  kesyukuran kemenangan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Parlimen Permatang Pauh ini.

Hadir sama ialah isternya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.

Fairus yang ditemui pemberita kemudian berkata beliau menerima teguran itu secara positif.

Menurutnya, beliau akan berusaha memperbaiki perkhidmatan kepada penduduk bukan sahaja di Penanti malahan di Pulau Pinang.

Katanya beliau banyak menumpukan masa untuk menyusun pentadbiran kerajaan
negeri bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng sejak lima bulan lalu.

Fairus berkata jika orang ramai mempunyai sebarang masalah, mereka boleh mendapatkan bantuan di Pusat Khidmatnya di Tanah Liat.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Cadangan utk TDM kembali ke UMNO

UMNO Cawangan Kampung Raja dan Atas di Padang Matsirat di sini meluluskan usul meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO untuk menguatkan parti itu sebagai tulang belakang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Selain Dr Mahathir, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut diusul menyertai semula UMNO.

Usul itu diluluskan pada persidangan UMNO cawangan itu di Padang Matsirat di sini semalam, kata Ketuanya, Datuk Paduka Abu Bakar Taib pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, usul itu dibawa oleh anggota cawangan itu, Datin Paduka Zaleha Md Gelam yang turut mencadangkan spaya Majlis Tertinggi UMNO melantik Dr Mahathir sebagai penasihat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata, penyertaan semula Mahathir penting untuk mewujudkan kekuatan dan perpaduan dalam UMNO.

Abu Bakar berkata, selain itu, mesyuarat turut mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Dr Mahathir sebagai duta untuk menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

Dengan pengalaman luas Dr Mahathir dan sebagai negarawan ulung yang dihormati di seluruh dunia, Abu Bakar berkata Dr Mahathir mampu menarik pelabur ke negara ini.
UMNO Cawangan Kampung Kuala Melaka yang mengadakan persidangan yang sama semalam turut menyokong usul yang dibawa oleh Kampung Raja dan Atas.

“Kita mahu mengembalikan kekuatan UMNO dan pemimpin semua peringkat termasuk akar umbi perlu kembali bersatu untuk menguatkan parti”, kata ketuanya Fazil Din.

Abu Bakar berkata, semua usul itu akan dibawa ke mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Langkawi yang dijadual bersidang pada Okt ini dan akan dibawa ke peringkat negeri dan ke Perhimpunan Agung UMNO nanti.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda