Daily Archives: September 19, 2008

Saya akan sertai UMNO pada masa yang tepat – TDM – Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya akan kembali menyertai UMNO pada suatu masa yang tepat.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Khamis malam, Mahathir yang juga bekas presiden parti itu berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada UMNO.

“Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula UMNO, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

“Permohonan (untuk menyertai semula UMNO) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula),” katanya.

Bernama melaporkan Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada UMNO, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang – agendadaily

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teresa Nak Saman Kerajaan – malaysiakini

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang dibebaskan hari ini selepas ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana menahannya secara tidak sah.

Bercakap dalam sidang akhbar yang penuh sesak di ibupejabat DAP di Petaling Jaya pada jam 3.30 petang tadi, Teresa memberitahu pemberita bahawa beliau disoalsiasat berulangkali mengenai tiga isu.

Ini termasuk sama ada beliau telah menggerakkan penduduk Bandar Kinrara supaya mengemukakan petisyen berhubung isu laungan azan dan sama ada beliau ada berkata, peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) patut digunakan untuk agama-agama lain.

Isu ketiga ialah kenyataannya sebelum ini yang menentang tulisan jawi pada tanda jalan.

“Saya menafikan dua tuduhan pertama itu,” kata ahli Parlimen Seputeh, yang dibebaskan tanpa syarat pada jam 1 tengahari.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang adalah antara pemimpin parti itu yang hadir sama di sidang akhbar Teresa itu.

“Saya menganggap penahanan saya itu sebagai satu helah oleh Umno untuk menutup rasa malunya terhadap kenyataan Ahmad Ismail yang berbaur perkauman,” katanya merujuk kepada ketua Umno Bukit Bendera yang telah digantung jawatannya.

Teresa juga menggesa pihak polis supaya menyiasat ahli politik Umno yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilaporkan menuduh ahli parlimen DAP itu menyifatkan laungan azan sebagai ‘mengganggu ketenteraman’ penduduk setempat.

Teresa juga mahu polis menjalankan siasatan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan kolumnis Zaini Hassan, yang menyiarkan dakwaan terhadapnya dalam isu tersebut.

Beliau mendakwa akhbar Utusan milik Umno yang mencetuskan kontroversi agama di kalangan umat Islam melalui sebuah artikel minggu lalu yang bertajuk ‘Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya’.

Kolum tersebut, yang ditulis oleh editor kanan Zaini, membidas seorang ahli parlimen wanita yang tidak disebut namanya, yang pergi ke sebuah masjid dan menuntut supaya direndahkan bunyi pembesar suara sewaktu laungan azan.

Individu yang digambarkan oleh Zaini sebagai ‘seorang ahli politik yang berkaca mata’, bersikap perkauman dan chauvinis. Bagaimanapun, masjid berkenaan telah menafikan pembabitan Teresa.

Sementara itu, Lim mendakwa laporan polis yang dibuat terhadap Teresa dibuat oleh seorang ‘operatif’ dari MCA bahagian Puchong di Selangor.

nota: nak saman pulak….rilex la dulu YB Teresa, tenangkan fikiran. Jawab dulu isu no 3 tu….kenapa nak tentang…??? sebab membazir ke atau atas sebab lain. kalau membazir kenapa cadangkan tulisan cina dan tamil pula???….

22 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

MT Desak Pak Lah jangan bertanding – Malaysiakini

Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.

Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010.

Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini – tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.

Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.

Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.

Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.

Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Abdullah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut.

Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencelah dan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Abdullah.

Abdullah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini.

Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet.

nota: menurut blogger kudakepang – hasil mesyuarat MT semalam dapat memberi gambaran awal bahawa Pak Lah dihangka meletakkan jawatannya dengan lebih awal. baca sini

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan – malaysiakini

Akta Hubungan Kaum akan diwujudkan dalam waktu terdekat dengan matlamat lebih menyeluruh untuk mengukuhkan perpaduan dan kesepakatan antara kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, skop akta berkenaan lebih meluas berbanding Akta Hasutan sedia ada yang lebih bertujuan mengekang huru-hara dan ancaman ketenteraman awam.

Katanya, akta itu sedang dirangka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

“Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet. Saya fikir idea kewujudan akta ini adalah baik untuk mewujudkan suasana hubungan baik antara kaum berasaskan agama dan budaya yang berbeza-beza.

 

nota: walau akta ini diluluskan nanti, Akta ISA masih diperlukan lagi.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

SMS Palsu

1. Difahamkan pada malam tadi terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menghantar SMS kepada beberapa ahli pemuda Ampang yang lain bagi menjemput utk menghadiri majlis berbuka puasa anjuran UMNO Cawangan Jalan Enggang pada petang ini.

2. Ingin ditegaskan  bahawa, UMNO Cawangan Jalan Enggang tidak menganjurkan sebarang aktiviti berbuka puasa pada petang ini dan dalam tempoh terdekat ini.

3. SMS ini telah dihantar bagi bertujuan utk mensabotaj Majlis Berbuka Puasa anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ampang yang akan diadakan juga pada hari ini.

4. SMS liar ini juga telah dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan kredibiliti Calon Ketua Pemuda Malaysia, YB Datuk Mukhriz kerana slogan Berani Berubah telah digunapakai di dalam SMS tersebut.

5. Permainan kotor ini juga bertujuan untuk menjejas dan mencemarkan nama baik Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang yang mana ketua pemudanya akan bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Ampang pada pemilihan Oktober depan.

6. Pihak Pemuda Jln Enggang telah cuba mendapatkan sms asal dan no telefon penghantar sms terbabit. Walaubagaimanapun sehingga kini, pihak yang melaporkan kepada kami mengenai sms ini masih enggan menyerahkan no telefon tersebut.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Masa Depan UMNO Bergantung Kepada Pemuda.

 

Pemuda adalah sayap yang terpenting parti sebagai pemimpin pelapis yang sewajanya membuat persediaan secukupnya dari Segi Ilmu,Kewibawaan,Ketrampilan,Menguasai cara berpolitik di Tanah Air dan Politik Antara Bangsa dengan menggunakan kebijaksaan pemikiran yang bersesuain dengan kehendak Parti dan Negara.

Sebagai pemimpin pelapis perlu diingatkan senorio politik Negara yang berbilang kaum memberi impak yang berbedza dengan pembelajaran sains politik atau pun lain-lain aliran politik di dunia ini.Politik Negara ini adalah amat komplikasi untuk orang baru yang cuba terjun ke alam politik dengan cara mendalam

.Kejayaan sesuatu Parti hanya di ukur semasa Pilihan Raya Umum yang dijalankan setiap lima tahun sekali.Rakyat berbilang kaum akan menentukan kewibawaan parti politik dalam jangka masa tersebut.Bermakna kalau kita hanya menumpukan segala tenaga pada penghujung jalan iaitu semasa kempen pilihanraya ia digelar sebagai memancing undi!.kesannya rakyat akan jauhkan diri dari parti tersebut.

 Sentimen perkauman yang digunakan semasa pemilihan jawatan parti Cuma akan membawa padah!.Sentimen perkauman adalah cara yang paling mudah mendapatkan perhatian dan sokongn ahli untuk perolehi kemenangan dan jawatan parti.Tetapi ia akan membawa kesan yang buruk dan imej parti akan tercalar dalam Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Ingatlah UMNO adalah Jantung Barisan Nasional!.Pada ‘amnya sebarang sikap beremosi keterlaluan,ego,fanatik agama yang tidak menentu akan bawa padah bukan sahaja pada UMNO tetapi pada Parti yang Memerintah Barisan Nasional itu sendiri.

 Pemuda juga harus memahami sayap pemuda ini adalah tempat yang memberi tekanan kepada parti induk untuk reform kembali.Pemuda juga mempunyai kesan pengaruh ke atas parti ;dengan itu awaslah terhadap Ahli-ahli politik menggunakan sayap pemuda ini sebagai  batu loncatan untuk karier politiknya.

 Menghormati yang tua dalam parti dan pelajari dari mereka.Berhentilah dari menjadi alat yang digunakan untuk induvidu tertentu untuk percaturan politiknya.Pada para perwakilan yang memileh untuk Jawatan ketua Pemuda, berfikirlah dengan wajar, Boleh kah yang dipileh ini boleh membawa UMNO kepada mercu kejayaan yang total dalam Pilihan Raya yang Ke- 13 nanti?.Kerana PR-13 adalah penentu untuk UMNO terus Hidup atau pun Mati Layu!.

 

Mamak Penang.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teresa Kok Dibebaskan – malaysiakini

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

 

Peguam Teresa, Sankara Nair berkata, beliau dibebaskan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

 

“Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

 

Sankara dikatakan telah pun mengambil Teresa di Balai Polis Jalan Travers, Brickfileds.

 

Teresa merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA pada Jumaat lalu selain penulis laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

 

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dalam sidang medianya pada Sabru lalu, Teresa ditahan di bawah ISA berhubung kenyataan beliau yang meminta laungan azan pada waktu pagi dihentikan.

 

Teresa sebelum ini dikatakan akan ditahan selama 28 hari untuk disoal siasat. – mstar

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda