Daily Archives: September 17, 2008

Khairy bertanding Ketua Pemuda UMNO

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti Disember ini. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar khas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rembau di sini hari ini.

nota: Kini persaingan 4 penjuru bagi jawatan KP UMNO. Satu dari Selangor, Perlis, N. Sembilan dan Kedah. daripada 4 calon ini, dua calon boleh dihubungi melalui laman web masing2. Seingat penulis dahulu, ada usul dari Pemuda UMNO Malaysia supaya setiap calon yang ingin bertanding KP UMNO Malaysia supaya menyediakan laman web masing2. Setakat hari ini 2 daripada 3 calon sahaja yang mempunyai laman web iaitu Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.

satu ingatan buat calon yang bertanding..JANGAN MAIN POLITIK WANG!!!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sapp keluar BN

Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.

Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti ‘bebas’ di dewan perundangan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.

nota: keputusan yang dijangkakan. kelantangan bersuara Yong Teck Lee bukanlah atas dasar memperjuangkan rakyat Sabah tetapi atas dasar termakan ‘gula-gula’ anwar ibrahim dan kuasa. Kini, kita lihat lah adakah SAPP akan bergerak sebagai parti ‘bebas’ tanpa telunjuk Anwar Ibrahim? kalau sudah tamakkan kuasa, semangat setiakawan rela digadai.

tindakan keluar dari BN ini juga merupakan pengkhianatan kepada pengundi dan rakyat Sabah. Ini kerana wakil SAPP yang menang pada PRU yang lepas adalah disebabkan bernaung di bawah Barisan Nasional dan bukannya SAPP. sekiranya betul ingin keluar dari BN, adalah diharapkan agar ADUN dan MP SAPP meletakkan jawatan masing-masing supaya satu PRU kecil dapat diadakan. melalui PRU kecil ini, rakyat sabah berhak memilih semula wakil rakyat mereka.

sekiranya SAPP bertanding atas tiket sendiri pada PRU yang lepas, adalah amat tipis bagi calon-calon mereka utk menang di kawasan terbabit. Nasihat penulis agar semua wakil2 rakyat SAPP letak jawatan dan diminta adakan PR kecil di kawasan terbabit. Rakyat Sabah berhak memilih semula pemimpin mereka!!

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan saja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Berikutan tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia adalah antara negara yang diminati oleh pelabur.

Timbalan Perdana, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lalu.

Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.

“Anwar mahu melingkupkan negara dan mengeksploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri,” kata Perdana Menteri.

Najib juga berkata permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.

Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.

“Liputan media juga janganlah terperangkap dengan mainan politik itu kerana ia boleh memberi kesan psikologi,” katanya.

Beliau juga berkata mainan politik itu hendaklah dihentikan dengan segera.

Abdullah juga mengulangi kenyataannya enggan berjumpa dengan Anwar walaupun diminta oleh Anwar kerana bimbang kenyataannya akan diputar belitkan oleh Anwar.

Abdullah menafikan terdapat surat peralihan kuasa yang dihantar oleh Anwar kepadanya.

“Tidak ada langsung, bayang pun tidak ada,” katanya.

Abdullah menjelaskan surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya pada Isnin lalu hanya menyentuh soal keselamatan negara, masalah moral dan politik negara.

“Yang kait dengan peralihan kuasa tidak ada. Jadi dia bohong rakyat dan ini untuk mengelirukan rakyat,” katanya. -bharian

nota – sepatutnya DSAI sebagai ketua pembangkang harus berganding bahu dengan kerajaan utk memajukan negara dan bukan utk menghancurkan negara. Tindakan memburukkan negara adalah satu tindakan khianat. Sekiranya negara ini tidak elok, kenapa dsai terhegeh2 hendak menjadi PM?

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Peralihan kuasa mungkin diawalkan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 mungkin dapat dilaksanakan lebih awal.

“Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir ialah Najib.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib.

Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010.”

Sambil menyatakan bahawa keduadua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata, beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: ” Ia bukan untuk anda tanya dan untuk saya menjawab.”

Abdullah berkata perkara itu akan diputuskan dengan sewajarnya apabila proses penyerahan mengambil tempat.

Sementara itu, Najib berkata beliau dan Perdana Menteri telah mencapai persetujuan seperti yang digambarkan oleh Abdullah.Sehubungan dengan itu, beliau berharap pelan peralihan kuasa itu dapat diterima oleh parti demi kestabilan negara dan keutuhan parti.

Najib juga berkata beliau tidak menerima sebarang pencalonan untuk kerusi Presiden kerana beliau komited dengan pelan penyerahan kuasa itu. -mstar

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PANAS..!! Anwar Sudah Berjaya Dapatkan Kerusi….

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Tak Layak Jadi Ahli Politik Malaysia !

sumber mykmu

Melihat kepada tindak tanduk Amwar yang rela menghancurkan negara dengan taktik rampas kuasa melalui politik lompat berlarutan hanya kerana ingin menjadi PM , maka saya rumuskan bahawa Anwar tidak layak langsung menjadi ahli politik Malaysia jauh sekali menjadi PM. Mungkin pengikut fanatik anwar akan marah berasap tetapi itu lah rumusan peribadi saya.

Seorang ahli politik mestilah seorang yang berhemah dan sentiasa mementingkan

kesajahteraan rakyat dan negara walaupun begitu bersemangat untuk membawa kesajahteraan kepada rakyat

Semua ahli politik mahukan perubahan kepada negara untuk penambahbaikan tetapi mereka tidak harus melampaui tata susila sehingga sanggup membiarkan rakyat gelisah kerana untuk menarik 30 MP untuk mengkhianati parti mereka .Anwar telah meletakkan negara dalam krisis kepimpinan berpanjangan.

Bagi Anwar, beliau melakukan nya dengan sangat seronok sekali. Anwar sanggup melakukannya dan saya anggap beliau tak layak langsung menjadi ahli politik masyarakat kerana tak mungkin seorang gila kuasa dan tidak menghormati kesajahteraan negara boleh menjadi ahli politik yang baik.

Memang mengikut pelembagaan Malaysia Anwar boleh meneruskan permainan budak budak nya sehingga dua tahun atau tiga tahun walaupun 16 september telah meletakkan nya sebagai seorang pembohong namun beliau mesti ingat rakyat dan negara ada had dan kesabaran melayan kerenah nya.Saya rasa Anwar akan terus menggunakan taktik teka teki lompak parti untuk merampas kuasa kerana beliau telah tidak ada nilai murni sebagai seorang rakyat yang perihatin.

Taktik Anwar hanyalah senang iaitu
1. Mensabotaj semua rancangan kerajaan untuk tidak mestabilkan negara
2. Menimbulkan benci orang bukan melayu kepada kerajaan sekarang
3. Tidak menamatkan cerita 30 mp bn lompat ke PR dan membiarkan teka teki berlarutan
4. Melagakan pimpinan PAS untuk memastikan PAS bukan penghalang
5. Mengutuk konsep politik mempertahankan Melayu Muslim atas alasan itu perkauman
6. Memainkan ‘play innocent game’ atau ‘ game kamu jahat aku baik’.
7. Bergabung dengan persatuan extremis china dan india untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan memerintah menyamai pakatan northern alliances afghanistan

Adakah taktik Anwar ini akan berjaya. Jawapan nya ialah ‘ tidak’.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dan Anwar sebenarnya memandang rendah kematangan budaya politik rakyat Malaysia. Fokus Anwar kepada MP Sabah Sarawak melompat parti mungkin kerana Anwar merasa orang Sabah Sarawak tidak pandai berpolitik tetapi ini tidak betul sama sekali. Orang Sabah dan Sarawak adalah bumiputera yang prihatin.

Perkara yang akan menyekat mainan politik Anwar untuk terus meracau dan mengacau keharmonian kaum ialah sejarah Malaysia itu sendiri. Malaysia telah di dirikan bersama atas persefahaman orang melayu dan bukan melayu untuk merdeka dan mereka telah melalui satu proses penyatuan yang amat hebat iaitu apabila mereka menghadapi ancaman kominis Bintang Tiga secara bersama dan kita telah berjaya menghancur revolusi bersenjata mereka di hutan belentara.

Malang sekali kita alpa bahawa socialism itu masih hidup dalam sanubari mereka yang pernah cuba menhancurkan kita.

Saya sangat yakin bahawa element yang berada di belakang Anwar adalah element socialist saki baki kominis dahulu yang mempunyai dendam lama. PAP dan DAP adalah parti dari akar socialist yang sama dan kejayaan mendapat Singapura telah menyebabkan mereka masih menyimpan rasa manisnya merampas negara ummat islam milik orang melayu. Bagi saya Anwar hanyalah pawn atau biduk percaturan politik DAP untuk merampas Malaysia.

Bagi orang Melayu Muslim , kita sebenarnya belum membuat usaha maksima untuk mempertahankan tanah air kita dari di rampas oleh orang dagang yang bertandang di sini. UMNO memanglah sudah lemah tetapi PAS tidak patut juga lemah mempertahan ummah. PAS sekarang telah menjadi king maker yang sebenarnya walau pun istillah ini di benci oleh DAP dan cuba menukarnya kepada istilah lain.

PAS sebenarnya masih terbelenggu dengan pemikiran politik lama yang menggangap umno sebagai musuh bukannya saudara yang perlu diberi tarbiyah dan di dampingi. Percaturan politik Anwar telah berjaya melagakan Ustaz nik aziz dengan Mustapa ali dan ini perlu di elakkan segera. Saya yakin sekarang telah terdapat hardcore Anwar propagandist yang bekerja siang dan malam untuk memecahkan jemaah PAS supaya PAS tidak akan menjadi penghalang kepada kerja buat Anwar yang gila kuasa.

Rumusan nya , tindakan PAS untuk tunggu dan lihat ada lah tepat dan syarat PAS meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala gala nya adalah sangat tepat. Ini adalah garisan merah dan sesiapa yang berani melintasi nya akan terkorban.

Hasbunallah wa ni’mal wakeel
Allah hu Akbar

42 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pak Lah & Najib Tukar Portfolio – Malaysiakini

Pak Lah hari ini mengumumkan pertukaran portfolio kementerian dengan Datuk Seri Najib berkuatkuasa hari ini. Pak Lah akan menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan manakalah Datuk Seri Najib Timb Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Difahamkan pertukaran ini adalah sebahagian dari pelan peralihan kuasa 2010.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pak Lah : Surat Anwar bukan mengenai peralihan kuasa -malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata surat yang diterimanya daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

“Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara,” katanya pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di sini.

Di Kuala Lumpur, Anwar hari ini mendakwa telah menghantar surat kepada Perdana Menteri semalam untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah mendakwa kononnya Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata: “Itu permainan politik dia (Anwar).

“Ini membawa kepada satu keadaan yang tidak baik bagi rakyat dan negara kita.

“Seolah-olah tiada lagi kestabilan politik di negara kita ini.

“Kalau dia (Anwar) ada (senarai 31 Anggota Parlimen) dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka (pengundi),” kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana “kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain.”

“Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia,” katanya.

Abdullah meminta semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab seharian, dan bukannya sibuk dengan urusan yang memperlihatkan ketidakstabilan politik negara.

“Lebih baik beri perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab kita yang dilaksanakan sama ada di sektor awam mahupun swasta,” katanya.

Anwar ketika ditanya pemberita mengenai kegagalannya untuk mengambil alih pentadbiran negara hari ini (16 Sept) seperti yang digembar-gemburkannya, beliau mendakwa kelewatan itu adalah kerana beliau mahu berbincang dengan Perdana Menteri terlebih dahulu. – sumber mstar

nota: pandainya DSAI bersandiwara. bukankah pertemuan yang diatur adalah mengenai isu-isu semasa negara seperti tahanan ISA dan sebagainya. Syabas Pak Lah dengan menolak ajakan mat jenin ini.

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Timbalan Menteri Dakwa Disogok Supaya Melompat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek berkata, beliau pernah ditawarkan wang dan jawatan sekiranya meninggalkan Umno bagi menyertai pembangkang.

Malah, kata Ahli Parlimen Kuala Pilah itu, beliau masih dipujuk walaupun tawaran itu ditolaknya kerana beliau mempunyai maruah.

“Bagi saya, jawatan bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Motivasi Pelajar anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMs) dan Pejabat Pelajaran daerah di sini hari ini.

Beliau berkata individu terbabit beranggapan bahawa orang Umno mudah dibeli.

“Saya akan tetap setia bersama Umno,” katanya.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Khairy umum petang ini…

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin akan mengumumkan keputusannya mengenai soal pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO petang Rabu.Pengumuman itu akan dibuat dalam satu majlis yang diadakan di pusat khidmat Ahli Parlimen Rembau.Difahamkan besar kemungkinan Khairy akan turut serta dalam pertandingan jawatan berkenaan.Setakat ini Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah mengesahkan nak tawar diri.Seorang lagi yang kata nak turut serta ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainol Abidin.

nota: YB, kekalkan sahaja jawatan no. 2 tu dulu bole?

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda