Daily Archives: September 28, 2008

Bom petrol pulak – Malaysiakini

Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di ibunegara dilontar bom petrol awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.

Katanya, tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.
Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.

Bercakap dalam sidang akhbar tengahari tadi, Teresa berkata anggota keluarganya kini bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai keji dan satu jenayah untuk menakut-nakutkan beliau untuk menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan kumpulan media dan blog-blog tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggambar dirinya sebagai seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Sekeping kertas turut ditemui di tempat kejadian yang mengandungi mesej ugutan terhadap Teresa.

Teresa, yang juga ahli exco kanan kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak selepas mendakwa beliau diberi makanan seperti makanan anjing ketika ditahan di bawah ISA.

Kok, 43, ditangkap di bawah ISA pada 12 September kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai agama Islam, dan dibebaskan seminggu kemudiannya.

Semasa dalam tahanan, Teresa juga telah membuat laporan polis terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, editor kanannya, Zaini Hassan dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana menuduhnya terbabit dalam isu tersebut.

Turut menziarahi rumah keluarga Teresa ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Lip Eng serta peguam Sankara Nair

Advertisements

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mukhriz: Tunda pemilihan beri impak negatif – Malaysiakini

Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan Perhimpunan Agung parti yang dijadual Disember ini ke Mac depan yang dilihatnya memberi impak negatif.

 

Beliau berkata, tindakan MT itu menyebabkan anggota Umno menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti kerana bagi mereka tidak ada keperluan munasabah Perhimpunan Agung Umno perlu ditangguhkan.

 

Katanya, beliau sendiri tidak faham kenapa penangguhan itu perlu dilakukan dan ia tentunya akan memberikan gambaran yang tidak sihat serta boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota akar umbi.

 

“Daripada maklum balas yang saya terima dari seluruh negara, penangguhan Perhimpunan Agung Umno itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu supaya MT membatalkan penangguhan tersebut,” katanya.

 

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anggota Umno Bahagian Temerloh dan Kuala Krau di sini.

 

Mukhriz berkata, penangguhan yang mengambil masa hanya tiga bulan dari tarikh asal itu juga tidak relevan dan tidak memberikan sebarang kelebihan dalam menguatkan semula parti. BERNAMA

nota: Berani Berubah!!

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda