Masalah UMNO Lagi Membimbangkan

Masalah dalaman Umno adalah lebih membimbangkan daripada memikirkan kemungkinan wakil rakyatnya menyertai pembangkang, kata Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Sabah, Datuk Anifah Aman.

Katanya, kepimpinan Umno perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan masalah dalaman parti itu daripada terlalu gusar memikirkan kemungkinan wakil rakyatnya menyertai pembangkang.

“Apa yang berlaku sekarang ialah pemimpin-pemimpin Umno terlalu memberi tumpuan kepada ura-ura kononnya ada wakil rakyatnya akan melompat parti padahal mereka sepatutnya menangani masalah Umno itu sendiri,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kota Kinabalu.

Anifah, yang juga Anggota Parlimen Kimanis dan Ketua Umno Bahagian Kimanis, berkata soal wakil rakyat daripada Umno menyertai pembangkang tidak akan timbul jika parti itu terus kuat dan pemimpin-pemimpinnya tidak terbawa-bawa dengan isu-isu lain.

“Saya lebih risau tentang apa yang akan terjadi kepada Umno khususnya menjelang pemilihan parti Disember ini,” katanya.

Ekoran pilihanraya umum Mac lalu yang menyaksikan BN buat pertama kalinya kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, Anifah mengambil keputusan yang agak mengejutkan dengan menolak pelantikannya sebagai seorang timbalan menteri, jawatan yang disandangnya selama dua penggal sebelum itu. – malaysiakini

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Masalah UMNO Lagi Membimbangkan

  1. Apai Ngelai

    Salam,

    Nampaknya pasukan UMNO dari sebelah Semenanjung kenalah bekerja keras untuk menawan kembali hati segelintir orang kuat dari Sabah ini. Dari hujah ahli Parlimen Kimanis sebelum ini, teman dapat memahami keadaan mereka yang sebenarnya mahukan perhatian yang bersungguh-sungguh pihak kerajaan. Bukannya kerana ura-ura hendak membelot atau mereka satu alasan untuk memburukkan kepimpinan UMNO. Pada perhatian teman, mereka bukannya mudah digoyah dengan pakatan pembangkang. Apakah bumiputra di Sabah dan Sarawak semua suka hak mereka hendak dilenyapkan sekutu DAP sepertimana nasib orang melayu di Semenanjung? Rakan-rakan teman kebanyakannya bukan Islam, juga tidak suka pada keadaan ini biarpun ada yang berketurunan campuran cina sekalipun. Usahlah salah faham terhadap mereka di Sabah dan juga Sarawak.

    Teman pernah mengunjungi Sabah sehingga ke bahagian agak pedalaman. Keadaan infrastuktur bangunan, teman akui agak ketinggalan. Biarpun memuaskan tetapi tidak sebaik dan semaju negeri-negeri lain. Sementara jalan-jalan mereka agak daif, tidak rata malah berlopak. Kerja pembaikan jalan seolah-olah tiada berkesudahan. Ini hanya pendapat teman.

    Masalah pendatang tanpa izin Filipina dan Indonesia sememangnya tidak perlu diulangi pengaduannya. Teman mempunyai ramai kenalan di Sabah. Kebanyakan mereka tidak berani langsung untuk membiarkan pintu hadapan terbuka pada waktu petang apalagi sebelah malamnya. Mereka begitu bebas, namun bila operasi mencegah pendatang dijalankan mereka lenyap entah ke mana. Mereka ini sudah lali dengan operasi yang sedemikian. Pergilah ke Sabah, lihatlah keadaan sendiri – mudah untuk kita menemui sesetengahnya, bebas di pusat bandar. Kemana perginya penguatkuasa yang bertanggungjawab. Hendakkah kita pasrah keadaan ini?

    Agak malang bagi Sabah dan Sarawak, mungkin disebabkan masalah logistik. Harga barang-barang keperluan mencecah sekali ganda malah lebih di sesetengah kawasan. Kita kena lihat, rakyat Sabah bukan rakyat mewah. Mereka perlukan bantuan dan perhatian sewajarnya dari pihak berwajib.

    Jangan biarkan Pakatan Rakyat menangguk air yang keruh di atas permasalahan ini. PKR amat bijak mengeksploitasi keadaan, apalagi dengan ganjaran dan janji yang telah DSAI taburkan kepada MT Sabah ini? Wallahua’lam.

  2. Salam,
    Pada 24 April 1987,UMNO telah menghadapi saat yang getir di mana jadi medan perebutan kuasa dan tampuk pemerintahan Negara dengan pemilihan UMNO untuk No.1 dan No.2.Peristiwa ini ialah satu perkembangan Ideologi Politik yang baru dalam pemikiran Melayu!.Perkara ini tidak berlaku dalam UMNO sejak 40 tahun yang dulu.Perebutan Jawatan Presiden Parti dan Timbalan Presiden ia itu dalam ‘Team A’ Tun Mahatir dan Tun Ghafar dalam ‘Team B’ Tengku Li dan Tun Musa Hitam.6 calon bertanding ynutk Naib presiden termasuk tiga calon dari ‘team A’dan tiga lagi dari ‘team B’.Untuk calon MT pulak seramai 69 calon bertandig.90% daripada mereka telah terbahagi kepada dua.34 calon menyatakan sokongan terbuka untuk TDM.35 calon untuk Tengku Li.Keputusan Team TDM-Ghafar menang 43-40 undi majoriti daripada 1,479 ahli.

    Apa jua prasangka orang Melayu khasnya ahli UMNO yang dirisaukan telah berlaku pada tahun 1988…iaitu UMNO terbahagi dua…UMNO baru dan Semangat 46!.Inilah titik permulaan corak pemikiran politik Melayu yang bersifat Authoritarian bertukar kepada Demokratik berlibrasima dalam UMNO!.Yang mana ketua boleh disanggah!.

    Dengan ini Mamak rasa UMNO boleh menghadapinya keadaan getir ini denga rasional sekali untuk memaju ke satu alaf yang baru!.Mungkin ia adalah apa yang Pak lah sarankan sedikit masa dulu “MELAYU UNGGUL”akan direalisasikan selepas kemelut ini!!!!.Bagi mamak hanya yang UNGGUL saja boleh terus memimpin UMNO!.Yang hapraak perlu tinggalkan UMNO dengan segera…untuk menjadikan UMNO untuk Melayu yang UNGGUL saja!.Wassalam.

    p/s:Bendera UMNO pertama kali dikibarkan di Pulau Pinang pada 27 Julai 1946.Mamak juga sarankan pada Mesyuarat Agong Bulan Disember Kali ini semua blog UMNO perlu siarkan “Hari Dalam Sejarah UMNO”,untuk memulihkan semangat Ahli UMNO yang berkunjung!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s