Ideology Politik Melayu diambang Kemusnahan Bangsa!!!

Nasionalis Melayu bermakna pencinta bangsa Melayu dan Melayu Islamis ialah Melayu yang ingin jadikan ideology politiknya mengikut sistem Pemerintahan Islam.Nationalist Melayu adalah seorang mempraktikan Agama Islam dan Ideologinya lebih bersifat sederhana dan berfahaman Demokratik Liberisma.Tetapi Idealogi seorang Melayu Islamismt adalah lebih berbentuk ideology pemerintahan Islam yang sebenar dan matlamatnya ialah melaksanakan hukum hudud dan lain-lain undang-undang syariah keatas rakyat yang dibawah pemerintahnya termasuk rakyat bukan Melayu.Memahami secara terperinci Nationalisma dan Islamisma adalah sukar sekali dan apa pulak untuk tajuk pendebatan.Tetapi pertembungan diantara kedua pihak ini seringkali berlaku.Walau pun Semenanjung Arab pada ‘amnya rakyat yang 99% Islam telah mengalami perubahan sosio-budaya pada awal tahun 1950, dengan menggulingkan Kerajaan Islamismt dengan kuasa Tentera untuk membentuk Negara bercorak Nasionalist!.Siri pengulingan kerajaan Islamist yang telah berlaku pada Negara-negara Arab seperti Mesir,Syria,Iraq,Yemen dan Algeria.Pembetukan kerajaan-kerajaan baru ini menukar sistem ideology pemerintahan dari Islamist kepada Pemerintahan Radikal atau pun Sosialist.Oleh kerana Pemerintahn dibawah kuasa Tentera pada dasarnya seringkali lemah dan tidak akan berfungsi kebanyakan negara-negara ini bertukar sistem pemerintahan memereka kepada Pemerintahan Kuku-Besi atau pun di panggil ‘Authoritarian governing’.

Namun demikian di Malaysia Orang Melayu selepas Negara Merdeka begitu lama selesa dan senang dalam keadaan Demokratik Liberisma;Kini majoriti orang Melayu mahu Negara ini diperintah mengikut Pemerintahan Islamist.Apa pun alasan mereka,sebenarnya mereka kurang jelas jenis pemerintahan Islamaist yang di anjurkan oleh parti pembangkang Khasnya Parti Pas .Parti itu sendirinya pun keliru tentang jenis pemerintahan Islamist yang perlu ikut!.Adakah Negara ini perlu diperintah mengikut Islam yang asal iaitu mengikut zaman Khalifah Rashidin terpilih? Atau nak memerintah mengikut Imam seperti Republik Islam Iran atau pun mengikut Wahabisma atau Salafisma (Salafiyya)?.Pemerintahan Whabisma adalah model pemerintahan Kerajaan Arab Saudi iaitu pemerintahan Authoritarian yang bersadur dengan Islam,Pemerintahan Khalifah dan dengan Majlis sura yang terakhir ialah Khalifah ottoman yang telah digulingkan pada tahun 1924.Sehingga kini belum ada Negara yang mengamalkan system Khalifah lagi!.Adakah Pemimpin Pas ingin Negara Islam seperti Negara Pakistan atau pun Negara Bangladesh yang digelar Negara Islam tapi bersadur dengan jenis pemikiran Barat?.Bangsa Melayu di Negara ini perlu dapatkan penjelasan yang tepat dan juga perlu ambil kira Kaum Bukan Melayu yang mencecah 49% itu.Kerana masih ramai Bumiputra yang belum memeluk Islam di Negara ini.

Pada Disember 15-18 ,2005 Patrcia Martinez dari Universiti Malaya telah secara rambang menjalankan kajian dan banci 1,000 orang Melayu dewasa tentang hala tuju Nasionalisma Bangsa Melayu di Negara ini.lebih 80% tetapi hanya 57.3% mahu hukum Hudud dan Hukuman syariah perlu diamalkan di Negara ini.Hanya 14.4% orang Melayu mahu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.(Keputusan penuh sila rujuk NST Aug,10 & 31,2006).Pada dasarnya penyatuan Bangsa Melayu yang berpuak-puak Ideologi Politik amat berbahaya dan hasilnya boleh memusnahkan Bangsa Melayu itu sendiri di negara ini.

Kedua-dua golongan yang dipertikaikan Ideology ini perlu mengambil sikap lebih bertanggung jawab dalam menanggani isu ini tanpa memikirkan diri,Ideology atau pun kuasa dalam merealisasikan penyatuan bangsa Melayu itu sendiri.Kalau masih kita berdebat dimana nak letak agama atau negara dalam perjuangan samalah seperti kalau kita buat kajian ayam atau telur dulu?.Allah mencipatakan bumi selepas itu diciptanya Adam dan selepas di turunkan pulak Nabi,kemudian baru Al-Quran diturunkan untuk manusia sejagat sebagai agama ad-diin.Dengan itu negara adalah paling utama dalam konteks ini!.Pihak Parti UMNO dan Parti PAS perlu bersatu demi untuk masa depan Bangsa Melayu.UMNO juga perlu ikhlas dalam menerima pandangan-pandangan dan pemikiran Ulamak Pas untuk Negara ini.Perkongsian kuasa diantara kedua Parti Melayu ini perlu dibincangkan dengan serius untuk kemajuan Bangsa Melayu dan Negara ini.Natijahnya apabila Bangsa ini bersatu,orang Melayu akan merasai satu kekuatan Rohaniah yang kuat untuk maju bukan dari segi kemajuan mental tapi bersama dengan rohaniah yang memperkasa jati diri dan Iman setiap Muslim di negara ini.Akan bentuklah dengan sendirinya satu bangsa Melayu baru yang sukar diperlekehkan oleh bangsa lain didunia ini.Banyak sistem pemerintahan di dunia ini telah gagal untuk membentuk negara yang berwibawa seperti ini tapi Bangsa Melayu ini boleh lakukan.Kerana Melayu Boleh!!!Inilah satu perubahan yang rakyat kian lama menantikan dari pemimpin UMNO dan juga PAS.Semoga Allah merestui gabungan ikhlas ini dengan segera!.

-oleh Mamak Penang

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Ideology Politik Melayu diambang Kemusnahan Bangsa!!!

  1. AbangTuah

    Salam mamak Haji

    Syabas, memang artikel yang baik dan dapat memberikan kefahaman dan pengetahuan yang komprehensif kepada para pembaca.

    Teringin rasanya hendak ambil artikel ini untuk Weblog saya.

  2. Bakal PM

    Salam Mamak….
    Memang dari kecik lg saya berharap Pas & UMNO bersatu namun sy tak tahu knp susah sgt pemimpin2 atasan kedua2 parti nak duduk berbincang sama2…Ada je yg menghalang dan mempertikaikan pertemuan UMNO & PAS baru2 ini… Yg sedihnya pemimpin teratas PAS yg paling disanjungi juga tidak mengadakn pertemuan berbincang dgn UMNO… Yg bersifat agak terbuka Presiden PAS dan beberapa lg pengikut setianya yg ikhlas berjumpa dan bermuafakat dgn Pemimpin tertinggi UMNO…. Semoga dilain waktu semua Pemimpin2 tertinggi kedua2 parti duduk berbincang lg demi menyatukan umat islam di malaysia ini… Malaysia adalah contoh yg baik kpd negara islam lain didunia ini maka kita juga harus menjadi contoh umat contoh kpd masyarakat islam di dunia ini…

  3. Assalamulaikum..
    Boleh ke orang dalam UMNO mendengar dan menerima pandangan Ulama dari PAS?? Atau PAS kena masuk UMNO dulu baru pandangan ULAMA PAS jadi halal bila dalam UMNO….Perbezaan ketara dalam perjuangan PAS dan UMNO,PAS berjuang untuk agama dan UMNO untuk bangsa….Kita, makhluk Allah diciptakan untuk apa?
    Secara peribadi,saya tak mahu ada gabungan antara PAS dan UMNO kecuali UMNO dapat menerima semua dasar dan prinsip PAS….Kalau demi kebaikan bangsa melayu saya rasa UMNO tak keberatan untuk terima dan gunapakai dasar dari PAS kecualilah kerana tamakkan kuasa,UMNO ada agenda dan muslihat tersendiri sebab itulah UMNO berusaha bergabung dengan PAS….

  4. Bakal PM

    ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati x makan… begitula perumpamaannya… Kalau kita kaji Ideologi DAP lg bercanggah dgn PAS tp mereka tetap boleh bersatu… maknanya UMNO & PAS adalah parti org melayu dan islam mengapa tiada usaha yg agresif untuk menyatukan kedua2 parti??? Mengapa memilih beruk dihutan sebagai sekutu dari saudara sendiri…??

  5. AbangTuah

    Salam,

    Kalau mengikut pandangan kawan, 100 kali PAIh lebih selamat bersama-sama dengan UMNO dari DAP. UMNO walau pun nampak amat kejam tapi hatinya teramatlah baik. DAP walau pun kelihatan amat baik tapi hatinya teramatlah KEJAM.

    Jadinya wahai PAIh, kenapakah kamu dah tersilap langkah, sehingga kesilapan tersebut memudaratkan perpaduan PAIh sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s