Zaid Ibrahim Serah Surat Letak Jawatan!! Sah Letak Jawatan (updated)

dari nst

DATUK Zaid Ibrahim has tendered his resignation as the Minister in the Prime Minister’s Department. He has just submitted his letter to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

dari mstar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya untuk berundur sebagai anggota Kabinet.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai khas beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

“Ya, perkara itu betul (letak jawatan). Surat letak jawatan juga telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini,” katanya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Sehubungan itu jelas Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan ‘dasar kerajaan’ itu.

“Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian,” katanya.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas soal perundangan dan kehakiman itu berkata, beliau bukan sebagai pencetus masalah kepada Perdana Menteri, sebaliknya hanya mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Zaid merupakan peguam terkenal yang menyertai arena politik kemudian dan kini merupakan anggota Umno. Beliau menyertai Umno tahun 2000.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008.

Pada pilihan raya umum Mac lalu beliau tidak dipilih sebagai calon tetapi kemudian menyertai jemaah menteri selaku senator.

Advertisements

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Zaid Ibrahim Serah Surat Letak Jawatan!! Sah Letak Jawatan (updated)

  1. AbangTuah

    Salam,

    GANTUNG PISANG!!!

  2. hayati hashim

    tahniah kepada Zaid ,
    moga ramai lagi orang umno ikut macam Zaid..
    bertindak dan bersuara … stand and be counted..
    jangan nanti kita malu untuk menjawab kepada anak cucu kita sendiri.

  3. tubir

    Tindakan zaid tepat kerana dia tak tau buat kerja …….tak tau berkerajaan………tak tau erti setiakawan……..saya rasa zaid perlu kekem motivasi atau ke kem bina semangat…….pandanganya kabur fikiranya dah dirasuk ……mari kita kaji zaid ni ,kita seidik ,kita silak kenapa dia menerima dan masuk kebenit pak lah……..apa tujuan zaid dan apa perancangan pak lah ……nampaknya dah tak sehaluan …tambah lagi tun dah merancang masuk semula kedalam umno …..semakin panaslah bontot zaid .Jadi lebih baik belah sebelum kena bodohkan dengan TUN.
    nampaknya pak lah tingal keseorang umno dah tak terkawal lagi …….menteri sama menteri pun bercakaran……kenapa ini terjadi…….adakah semua ini dirancang dan mengikut skrip……..?
    Nampaknya umno semakin panas pak lah kena lakukan sesatu sebelum nasi jadi bubur.terpulang lah kepada orang orang umno pisau dan timun ditangan anda ……..andalah yang menentukan tebal atau tipis potongan nya .

  4. Apai Ngelai

    Tahniah kepada Datuk Zaid,

    Sekurang-kurangnya Datuk berterus-terang menyatakan yang Datuk tidak bersependapat dengan parti yang memerintah dan meletak jawatan dari menjadi munafik dan barah kepada kerajaan BN.

    ISA sememangnya wajar dikenakan kepada pengganas yang menggugat keselamatan negara. Bagaimanapun, apakah bezanya pula dengan individu yang mengancam kestabilan politik negara yang membawa perpecahan dan penyebab kepada tercetusnya ketegangan kaum? Bukankah ia lebih merbahaya lagi kerana ia boleh meruntuhkan kerajaan sesebuah negara jika ia berakhir dengan rusuhan dan rampasan kuasa?

    Lihat Indonesia. Inikah contoh yang hendak diteladani apabila politik mereka kacau bilau dalam usaha untuk mendesak Presiden Suharto meletak jawatannya. Rusuhan terus merebak di mana-mana sehingga melumpuhkan kerajaan dan ekonomi mereka sendiri. Ia juga bermula dari kewujudan penunjuk-penunjuk perasaan, berDemontrasi sehingga menjadi luar kawalan. Inilah yang ingin dipraktikkan pembangkang di negara kita ini. Memaksa pemimpin meletak jawatan secara tidak demokrasi. Apakah akta hasutan 1948 yang ada tidak selari dengan ISA? Mengapa dibezakan dua golongan pengganas yang mempunyai peranan yang hampir serupa? Apakah kerana penampilan mereka sebagai rakyat biasa, atau hanya kerana mereka tidak menggunakan kekerasan fizikal?

  5. assalamualikum semua!

    teman pelik betui mengkomer ni yang membangkang kekadang cakap merapu …tapi yang jahatnya tetiba pulak jadi orang umno ..ambik kesempatan lak ngutuk-ngutuk orang lepas tu yang teman geram jangan le banyak bunyi…ini masaalah orang umno bior ler kumer yang bercakap…. komer tengok macamana tuah dan apai yang bercakap… orang tau dema ni kuat UMNO…. cakap tu berakai..

    sekupang dua rasa anwar banyak guna kekurangan dalam isu ni ..temgokler apa dah jadi .. siapa yang untung… bidang kehakiman di perlecehkan…orang pandang rendah… dia yang untung sebab dia memang nak kesempatan ni untuk dia bertanding di permatang pauh dan apa lagi ..kes menjubur ler… any time boleh perlekehkan.

  6. Memang tak rugi si zaid letak jawatan sebab itu atas lantikan Pak Lah sendiri..quality is not there!! Lagipun kalau dok dalam kerajaan tapi tak mampu menyumbang eloklah berundur diri..jangan dibebankan kawan2 yang lain..

    Sekurang2nya dia tak lagi jadi penyebab kekalahan UMNO di masa hadapan..aku hormati keputusan dia yang sedar hanya orang yang bersefahaman dengan pucuk pimpinan sahaja layak tinggal sebumbung..sekurang2nya dia gentleman dan berani menyatakan pendapat, tak kisah lah samada pendapat dia tu betul atau salah..berani jugak salah satu ciri2 pemimpin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s