Pak Lah tolak gesaan Anwar – malaysiakini

Kira-kira empat jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa diadakan sidang khas Parlimen sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: “Tidak perlu.”

Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno berkata, sidang tergempar Parlimen tidak perlu diadakan memandangkan Dewan Rakyat akan bersidang tidak lama lagi.

Dewan Rakyat dijadual bersidang 13 Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebab perlunya diadakan sidang khas Parlimen kerana Dewan Rakyat akan mula bersidang selepas Aidilfitri.

Kata Abdullah, Anwar boleh membangkitkan apa jua perkara sebaik sahaja Parlimen bersidang kelak.

Pada sidang media pukul 2 petang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan susana politik termasuk dakwaan kepercayaan ke atas Abdullah sudah terhakis.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan pertama Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Anwar menjelaskan beliau tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi “bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.”

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.

Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya,” kata beliau. – mstar

nota: keadaan politik kritikal hanya dirasai oleh mereka yang berjanji berbagai tetapi tak dapat ditunaikan. Janji 16 sept dianjak ke tarikh lain. itulah keaddaan yang kritikal kpd mereka yg kini sudah ramai mempersoalkan kredibiliti pemimpin spt DSAI. Kan lebih elok tunggu je PRU yg akan datang. Janganlah disebabkan agenda peribadi tak tercapai, satu negara nak dihuru-harakan.

Pembangkang sudah tentu akan membawa usul “bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.” Ini disebabkan sememangnya peranan itu yg harus dimainkan, Kalau tak nak bangkang, masuk lah kerajaan.

Rakyat semakin hari semakin dibodohkan tak kira oleh BN ataupun PR. Apa yg boleh disimpulkan ialah masing2 kini lebih menumpukan agenda peribadi masing2.Apa salahnya DSAI tunggu utk beberapa tahun lagi dan tak salah juga jika peralihan kuasa dipercepatkan juga.

sumber yg diterina, Mesyuarat MT tadi tidak membincangkan isu kemasukan semula TDM ke UMNO. tak tau kenapa. Mungkin TDM belum serah borang atau MT tak nak bincang. Apa2pun alasannya, proses kemasukan ahli umno haruslah dipercepatkan sebab proses terlalu lama di ambil utk diproses. Sekiranya kemasukan sdr Ezam boleh dicepatkan, kenapa tidak bagi orang lain.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Pak Lah tolak gesaan Anwar – malaysiakini

  1. najib

    da lah mp dilarikan keluar , ISA digunakan, macam mana nak buat 16 september???? nak tunggu lagi 4 tahun? lagi ranap la ekonomi kita. dalam masa tuh mungkin terlalu lambat nak pulihkan ekonomi kita.
    dan mungkin DSAI akan dituduh bersalah atas kes liwat yang saya rasa saudara sendiri sebangai pro BN yang bangang pun tau kes itu fitnah semata mata. daripada nak buat blog cam nih baik pi semayang terawih, buat solat hajat lagi baik lagi banyak pahala dari nak jadi seorang pro BN yang tahlul lagi bodoh.
    Silap silap saudara boleh jatuh syirik sokong BN yang memperjuangkan konsep Islam Hadhari yang haram dan tidak diterima oleh Allah.. Sekurang kurang nya kalau Allah tanya saya, saya akan bagi tau saya da abak si bangang Pro BN nih jangan terima Islam Hadhari tapi mamat mangkuk nih pi terima jugak… Askm….

  2. sywahid

    sekurang2nya ada harapan ekonomi akan pulih jika DSAI jadi pm kerajaan bertukar lain, pemimpin yang ada sekarang ini amat menyusahkan macam bebudak tak reti nak lebih-kurang sekali cakap tak faham, bagi lah peluang pada paklah nak makan gaji sampai 2010 tentang kerja pm sapa-sapa bolih tolong buat, DSAI pun bolih tolong,Paklah terima aje nasihat nya pasal ekonomi negara. Mana yang tak guna tu kasi padam jangan dok buat kacau janji rakyat aman. sekarang ini dok sebok bagi menteri dan kroni duduk dengan aman bagi kaki bolih dok atas meja apa hal?,rakyat yang sengsara dan syorga pun tak berapa bulih nak masuk.
    sekarang ni mana yang otak bagus dimajukan kehadapan tak kira parti, mana yang bangang tu main jauh-jauh, majukan dan bagi rakyat senang makan senang pakai senang beramal selamat le negara ni.

  3. Big8:Anwar, Who?

    Selamat Berpuasa & Hari Raya Aidil Fitri,

    Email ini saya petik dari satu blog seorang sahabat.
    Kandungannya mengandungi lontaran pandangan yang menarik. Baca-bacalah tengok. Kemudian terserah pada sahabat-sahabat untuk berkongsi persepsi ini atau sebaliknya.

    Kandungannya begini…

    Islam itu sudah adil, lengkap dan paling sempurna sebab apa Anwar tak menyertai Pas sahaja daripada menubuhkan sebuah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yg memecah-belahkan umat Islam di negara ini dari dua parti iaitu Pas,Umno kepada Pas, Umno dan PKR. Tak cukupkah hanya Pas sebagai wadah terbaik perjuangan Islam dan Rakyat di Malaysia ini?Adakah Islam yg diperjuangkan oleh Pas tidak cukup Adil sehingga beliau sanggup menubuhkan parti Keadilan untuk rakyat Malaysia?Apa kurangnya dan cacatnya Pas sehingga Anwar begitu takut memperjuangan Keadilan Islam melalui Pas??

    Anwar telah gagal dlm memperjuangan idealisme Islam pragmatiknya dalam tong **** Umno kenapa nak buat tong **** yg lain pulak (PKR). Apa bezanya dasar perjuangan Umno dan PKR??Kedua2nya sekular.Kedua2nya menolak Islam dan Tuhan dalam prinsip perjuangan kedua-dua parti ini. Selama 16 tahun Anwar menyertai Umno selama 16 tahunlah Anwar berjaya menyekat kebangkitan Pas di Malaysia dengan idealisme Islam yg dibawanya dalam Umno yg mengelirukan pejuang2 Islam di Malaysia.

    Dulu tahun 1982 sesudah Anwar keluar dari ISA atas ehsan Dr.Mahathir Anwar telah di pujuk berkali-kali oleh Alm.Ustaz Fadzil Noor, Mat Sabu dan Ustaz Hadi untuk menyertai Pas dan berjuang Islam bersama-sama Pas untuk Keadilan umat Islam dan semua rakyat Malaysia. Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi menasihatkan Anwar jangan bersengkokol dengan orang sekular nanti kamu jadi sekular. Jangan duduk dalam tong **** nanti kamu jadi **** sama. Nanti kamu difitnah dihina sehina2nya oleh Umno seperti ramalan Ustaz Fadzil. Kenapa Anwar degil. Kenapa Anwar ketegag. Anwar nak menyertai Umno jugak. Ini sebab Anwar terpengaruh dengan slogan ‘penerapan nilai2 Islam’ oleh Dr.Mahathir jadi Anwar percaya dengan ‘komitmen’ Mahathir untuk ‘mengislamkan’ Umno dari dalam jadi dia menyertai Umno. Anwar nak Islam Umno dari dalam. Anwar tidak percaya dengan perjuangan Islam yg di bawak oleh Pas kerana pada pandangan Anwar Pas hanyalah sebuah parti yg disertai oleh ulamak2 kampung, budak2 pondok, org2 kampung yg miskin, susah, rakyat marhaen, mustadhafin yg pada pandangannya lekeh, rendah dan tak sesuai dengan zaman moden ini. Pada pandangan Anwar, Islam ala Pas tidak ke mana dan tidak akan mungkin menang dan berjaya sampai bila-bila dengan kedudukan rakyat yg berbilang-kaum di Malaysia ini. Anwar tidak sanggup berjuang bersama2 Pas krn dia tidak sanggup bersusah-payah berjuang Islam dengan ‘ulamak2 kampung’ dalam pas. Anwar nak berseronok kerana menyertai Umno dia akan dapat banyak habuan dunia di samping kononnya berjuang Islam.

    Akibat kekeliruan yg dibuat oleh Anwar, pejuang2 Islam di Malaysia telah berpecah dua. Setengah menyertai Umno kerana terpengaruh dgn idealisme Islam pragmatik ala-Anwar Ibrahim seperti ahli2 ABIM, JIM, PKPIM, Islah, pensyarah2 universiti, nasionalis2 Melayu, pelajar2 manakala setengah lagi iaitu ulamak2 pondok, golongan mustadhafin, golongan miskin susah yg percaya dengan ajaran Islam yg sebenar tetap istiqamah dalam Pas kerana mereka percaya hanya Pas sahajalah jemaah diiktiraf Allah swt untuk memperjuangkan Islam yg sebenar di Malaysia ini.

    Akibatnya ramai pejuang2 Islam yg tertipu dan terpedaya dengan permainan dan hawa-nafsu (pandai-pandai Islam sendiri) ala Anwar Ibrahim. Kalaulah Anwar menyertai Pas pada masa itu saya yakin dengan kebolehannya berpidato, berceramah dan strategi politik Anwar yg bijak Pas dah lama menang dan berjaya di Malaysia ini. Tapi kenapa Anwar tidak mau menyertai Pas sampai sekarang? Sebab Anwar enggan menyertai jemaah Islam (Pas) yg sebenarlah Anwar terdedah kepada fitnah, kekejian sehingga skrg. Kalaulah Anwar menyertai Pas sudah tentu Anwar akan selamat dari segala fitnah keji yg di alaminya skrg krn Pas akan melindungi dan menyelamatkan Anwar dari segala fitnah dan kekejian. Kenapa Anwar tidak mahu insaf dan masih lagi berdegil??Apa agenda politik Anwar Ibrahim??

    16 tahun (1982-1998) Anwar berjaya menjadi ejen Barat untuk menghancurkan kebangkitan Pas di Malaysia. Itulah tugas Anwar Ibrahim yg sebenar mengambil kesempatan iaitu memastikan ditengah2 kemarahan rakyat Malaysia atas penyelewengan Umno/BN dalam mentadbir negara, di atas peningkatan sokongan org Islam/Melayu dan bukan Islam terhadap Pas, Anwar Ibrahim mestilah menubuhkan sebuah parti alternatif lain (PKR) untuk memastikan jangan sampai sebuah parti yg benar2 memperjuangkan Islam (Pas) berjaya memerintah Malaysia. Itulah tugas Anwar bagi ‘memenuhi’ tuntutan Yahudi dan Barat.. awas wahai pejuang2 Islam/umat Islam jgn tertipu lagi..

    Buat apa tubuh parti Keadilan sedangkan Islam yang diperjuangkan Pas tu dah Adil dan sempurna?? Tidak akan ada Keadilan selain daripada Keadilan Islam. Tidak akan ada kesejahteraan selain dari yg diajarkan oleh Islam. Keadilan hanya boleh didapati di dalam Islam bukan dengan hanya menubuhkan sebuah parti yg namanya parti Keadilan oleh Anwar Ibrahim.

    Anwar nak buat Reformasi (Perubahan) sedangkan Islam memang memperjuangkan Reformasi sepanjang zaman. Contoh kecil yang kita dok istigfar dan sembahyang tiap-tiap hari seperti mana yg dituntut oleh Islam bukan Reformasi ker tu??Islam yg menyuruh kita meReformasikan diri kita setiap hari setiap ketika setiap saat sehingga hujung hayat kita seperti cthnya beristigfar, sembahyang, menegakkan hukum syariah bukannya dengan menubuhkan parti Reformasi ala Anwar Ibrahim yg Reformasi hanya masa pilihanraya sahaja. Islam yg diperjuangkan Pas cukup sempurna cukup lengkap dengan Keadilan, kesejahteraan, Reformasi buat apa nak pecah-belahkan dan kelirukan lagi umat Islam dengan menubuhkan parti Reformasi??Tak completekah Islam tak lengkapkah Islam yg diperjuangkan Pas pada pandangan Anwar Ibrahim??Sampai bila anwar nak menipu orang Pas??

    Perkataan ‘Reformasi’ atau ‘Perubahan’ sebenarnya berasal dari perkataan ‘Reform Judaism’ atau Reformasi Yahudi yg diperjuangkan oleh kaum Yahudi di Eropah untuk membebaskan diri mereka dari ditindas selama berabad2 oleh kaum kulit putih di Eropah. Reform Judaism atau Reformasi Agama Yahudi dilakukan oleh ulamak Yahudi setelah melihat ramai org2 Yahudi yg berkahwin atau assimilate dengan kaum kulit putih eropah yg boleh menyebabkan penduduk Yahudi pupus. Jadi mereka mengadakan reformasi dalam agama Yahudi yg mengatakan setiap Yahudi harus menganut ajaran politik, tidak mengamalkan ajaran agama Yahudi semata-mata dan menubuhkan negara Israel. Orang yg pertama mengemukakan idea Reform Judaism ini ialah Ahad Ha’aam (Asher Greensberg) pada tahun 1823 yg mana beliau berpendapat org Yahudi mestilah mempunyai wadah politik (political platform) untuk menyatukan Yahudi dari segi bahasa, ugama, budaya, ideologi di seluruh dunia. Daripada Reform Judaism (yg
    dibangga2kan Anwar) inilah lahirnya Zionisme wadah secara politik untuk menyatukan org2 Yahudi di seluiruh dunia, Revolusi Peranchis 1776 (sekularisme) yg membebaskan org Yahudi dari penindasan di Eropah, Darwinisme, Komunisme yg semuanya angkara dari konspirasi Reform Judaism yg sgt2 dibanggakan oleh Anwar Ibrahim. Reformasi atau Perubahan yg ideanya dimulakan oleh org Yahudi sebenarnya utk kepentingan politik, ekonomi dan agama orang2 Yahudi bukannya untukl membebaskan dunia dari penindasan seperti yg terpengaruh dalam pemikiran Anwar Ibrahim.

Leave a reply to najib Cancel reply